Thursday 19 January 2012

Identiti Jantina, perbezaan di antara seks dan jantina

Apa itu jantina?

Perkataan yang berkaitan dengan ciri-ciri seks yang berkembang melampaui masa dan mengikut perubahan dalam masyarakat.

  • Seks merujuk kepada biologi atau genetik sama ada lelaki atau perempuan
  • Jantina perkataan teknikal merujuk kepada psikologi atau ciri-ciri tingkah laku berkaitan dengan lelaki atau perempuan
  • Identiti jantina menerangkan kepercayaan seseorang atau perasaan yang dipunyai mengikut seks, kebolehan memperbetulkan perbezaan di antara lelaki dan perempuan serta mengenal pasti status jantina seseorang sama ada lelaki atau perempuan
  • Peranan jantina merujuk kepada penerimaan tingkah laku, sikap dan personaliti yang diwarisi yang boleh membezakan lelaki (sasa) atau perempuan (lemah lembut)

Adakah perbezaan di antara seks dan jantina?

Biologi menentukan sama ada anda lelaki atau perempuan. Hanya perempuan boleh melahirkan sementara lelaki menghasilkan sperma. Apabila anda berfikir tentang jantina anda juga akan mula memikirkan peranan sebagai lelaki atau perempuan di dalam masyarakat kita. Anda mungkin berfikir norma-norma tingkah laku yang diberi oleh masyarakat untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, lelaki dan wanita dewasa contohnya,

  • Bagaimana lelaki dan perempuan berpakaian
  • Bagaimana sepatutnya tingkah laku lelaki dan perempuan
  • Pilihan kerjaya yang sesuai
  • Bagaimana lelaki dan perempuan sepatutnya berinteraksi

Gen menentukan seks tetapi jantina ditentukan oleh faktor luaran contohnya : asuhan keluarga dan nilai-nilai dalam masyarakat.

Bagaimanakah peranan jantina berkembang?
Peranan jantina mula berkembang sejak dilahirkan.

Apakah soalan pertama yang diajukan apabila seseorang melahirkan anak?
Ya, anda akan bertanya "anak lelaki atau perempuan?"

Sekiranya anda merancang untuk membeli pakaian bayi, adakah anda akan membeli sesuatu berwarna merah jambu?
Kemungkinan anda akan memilih warna merah jambu untuk bayi perempuan bukan untuk bayi lelaki.

Sekarang anak lelaki anda semakin membesar dan anda akan membeli hadiah untuknya. Apakah hadiah yang anda pilih?

Adakah anda akan membeli anak patung untuk anak lelaki anda?

Anak kian membesar, anak ini akan memerhati ibu bapanya untuk mengenal pasti peranan jantina. Bapa menjadi contoh untuk anak lelaki sementara ibu untuk anak perempuan. Apabila anak menjadi dewasa, masyarakat mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan perkembangan identiti jantina mereka selanjutnya.

Adakah persamaan di antara lelaki dan perempuan? Adakah mereka itu sama?

Lelaki dan perempuan, pria dan wanita mempunyai hak yang sama contohnya:

  • Hak yang sama untuk makanan, air dan tempat kediaman
  • Hak yang sama dalam pendidikan
  • Hak yang sama dalam membuat keputusan

Mempunyai hak yang sama tidak bermakna tiada perbezaan.

  • Perempuan mungkin mempunyai kelebihan dalam sesuatu perkara
  • Lelaki pula mempunyai kelebihan yang berlainan

Perbezaan jantina ke arah kemajuan dunia

Adalah penting untuk kesihatan kita menerima diri kita seadanya.
Penting juga lelaki dan perempuan bekerjasama untuk:

  • Perkembangan potensi individu
  • Perkembangan masyarakat
  • Membantu menjadikan dunia selama

"Masa depan yang lebih baik ada di sana untuk lelaki dan juga perempuan."

No comments:

Post a Comment