Thursday 19 January 2012

Lewat buka IUCD

DOKTOR, saya berumur 43 dan sudah menggunakan IUCD selama tiga tahun. Sepatutnya IUD harus dibuka pada bulan September namun sehingga kini IUCD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal saya hadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh yang ditetapkan. Bolehkah saya mendapat jangkitan kuman atau akan menjejaskan kesihatan saya?

INA
Puan Ina tidak perlu bimbang tentang risiko kalau terlebih masa yang telah disarankan. Puan hanya lewat tiga bulan saja. Tempoh tiga tahun yang disarankan oleh pengeluar IUCD itu adalah tempoh keberkesanan IUCD itu dapat mencegah kehamilan. Ini adalah melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka. Selalunya terdapat beberapa bulan lagi ia masih berkesan mencegah kehamilan. Alat IUCD yang puan guna sekarang adalah Cu 250 yang mempunyai lilitan tembaga pada IUCD itu. Ia tidak membawa apa-apa kemudaratan semasa memakainya.

Penggunaan IUCD jenis Cu 250 ini menyebabkan darah haid yang banyak daripada biasa tetapi ia tidak memudaratkan. IUCD juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dalam pelvis kerana IUCD ini ‘menarik’ bakteria melalui benang nilon yang terdedah dalam vagina. Ini bukannya komplikasi yang biasa berlaku. Selain dari itu IUCD juga kadangkala menyebabkan ‘spotting’ iaitu titisan darah selepas haid habis.

Oleh kerana itu saya cadangkan puan buka dan ganti IUCD baru secepat mungkin. Bukannya kesan sampingan yang saya bimbangkan tetapi keberkesanan untuk mencegah kehamilan berkurangan. Saya takut puan hamil yang tidak dirancang kalau lambat menukarnya. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment