Thursday 19 January 2012

KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK


Apakah itu struktur kulit?
Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.

  • Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang kerasanatomi skin
  • Lapisan ke dua dipanggil dermis
    • Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
    • Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
    • Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
  • Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues

Apakah fungsi kulit?
Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:

  • Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
  • Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan

Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?
Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:

  • Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
    • Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
    • Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
  • Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
  • Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan

Apakah kulit yang sihat dan cantik?
Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:

  • Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
  • Bebas daripada jerawat atau kulit merekah

Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.

kulit yang sihat
"Kulit Yang Sihat dan Cantik"

Apakah nilai pH yang normal bagi kulit?
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH

  • Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan
  • Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah
  • Menyekat pertumbuhan bakteria

Bagaimana saya boleh menjaga kulit saya?
Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:

  • Membersihkan kulit dengan
    • Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
    • Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum
    • Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
    • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
    • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit
  • Gunakan pelembap selepas mandi
    • Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
    • Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
    • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelemba
  • Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya
  • Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
  • Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin
  • Lindungi kulit daripada cahaya matahari
    • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
    • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
  • Bersenam
    • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
  • Amalkan memakan makanan
    • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
    • Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
  • Tidak merokok
    • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
    • Boleh menyebabkan kanser
  • Banyakan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit

Semakan akhir: 18 Januari 2007

No comments:

Post a Comment