Thursday 19 January 2012

Kudis Buta

Pengenalan
Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.
Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit.

Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Rawatan

Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas. Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama. Rawatan kudis buta termasuklah menyapu krim pembunuh serangga atau losyen seperti :

  1. Permethrin
  2. Losyen Malathion
  3. Gamma benzene hexachloride (or lindane)
  4. Benzyl Benzoate lotion (EBB)

Perhatian Khusus

  1. Kegatalan
    • Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
    • Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.

Pencegahan

  • Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak.
  • Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan.
  • Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.

Semakan Akhir :05 Jun 2008

No comments:

Post a Comment