Thursday 19 January 2012

Korona dan Jejambat



-

Korona dipasang untuk memelihara dan membentuk gigi kepada bentuk dan saiz asal. Korona biasanya diperbuat daripada porselin, logam atau campuran porselin dan logam. Ianya boleh melindungi gigi yang lemah dan mengekalkan fungsi gigi tersebut.

Jejambat dibuat untuk menggantikan gigi / gigi-gigi yang hilang dengan memasang korona pada gigi yang ada bersebelahan.

Bilakah anda memerlukan korona?
Korona mungkin diperlukan untuk kes-kes berikut:

  • Kecederaan pada gigi.
  • Kerosakan gigi yang teruk
  • Rawatan tampalan yang besar
  • Gigi berubah warna
  • Gigi retak
  • Bentuk gigi tidak normal.
  • Untuk menutup implan gigi


Mengapakah jejambat diperlukan?
Jejambat adalah alat tetap yang dipasang dan tidak boleh ditanggalkan bagi menggantikan gigi/ gigi-gigi yang telah hilang/ tiada. Ia merupakan pilihan rawatan selain daripada gigi palsu.

Mengapakah gigi yang hilang perlu diganti?
Gigi yang hilang perlu diganti untuk :

  • Menghalang gigi yang bersebelahan bergerak mengisi ruang yang kosong
  • Penampilan yang lebih baik
  • Pertuturan dengan lebih jelas
  • Mengunyah makanan dengan lebih sempurna

Bagaimanakah korona dan jejambat dibuat?
Kebiasaannya anda akan diberi dua atau lebih temujanji bagi prosedur berikut.
► Temujanji Pertama :

  • Membuat persediaan bagi gigi yang terlibat dalam penyediaan korona. Proses penyediaan dimulakan dengan mengetam gigi berkaitan.
  • Impresi (cetakan gigi) kemudiannya diambil untuk di hantar ke bilik makmal, seterusnya bentuk korona atau jejambat dibuat.

► Temujanji kedua :

  • Mencuba dan memasang korona dan/atau jejambat yang telah siap.

Penjagaan korona dan/ jejambat
Sekiranya anda mempunyai korona atau jejambat dalam mulut, anda perlu;

  • Mengekalkan tahap kebersihan mulut yang baik.
  • Elakkan memakan makanan yang keras.
  • Elakkan tabiat menggigit kuku dan lain-lain objek yang keras.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala.

Semakan akhir : 28 Mac 2007

No comments:

Post a Comment