Thursday 19 January 2012

KEMATANGAN SEKSUAL


Bilakah saya mengalami kematangan seksual?

Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja.
Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki dan perempuan secara fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.

  • Bagi perempuan, permulaan kitaran haid menandakan mereka berkebolehan untuk mengandung
  • Bagi lelaki, penghasilan sperma dan ejakulasi merupakan tanda kematangan seksual mereka

Perubahan fizikal pada payudara, zakar, testis dan bulu kemaluan menandakan anda sudah mengalami kematangan seksual.

Selamat datang ke alam dewasa!
Anda kini punya kemampuan dalam:

  • Menangani lebih kebebasan
  • Diberikan lebih tanggungjawab
  • Membuat pilihan dalam isu-isu penting dalam setiap perkara yang dilakukan

Anda berinteraksi lebih dengan rakan sebaya, tapi haruslah dengan cara yang bertanggungjawab dan beradab.
Ini termasuklah keputusan dan pilihan berkaitan seks dan jantina.

kematangan seksual

Sebagai remaja, anda pastinya ingin mencuba pelbagai perkara. Adalah penting untuk memilih rakan-rakan agar anda dapat menjauhkan diri daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti berisiko seperti:

  • Perlumbaan motor haram
  • Mencuba atau mengeksperimenkan dadah
  • Terlibat dalam seks sebelum kahwin

Berhati-hatilah dengan akibatnya! Perlakuan berisiko anda boleh menyebabkan kepada :

  • Kandungan yang tidak diingini
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • Penderaan seksual
  • Berisiko tinggi mendapat kanser serviks di kalangan perempuan

Adakah selamat untuk melakukan seks?
Melakukan perhubungan seks adalah satu peristiwa yang penting dan istimewa. Ianya seharus dilakukan hanya setelah pasangan tersebut berkahwin. Ia seharusnya dilakukan hanya setelah pasangan tersebut berkahwin. Walau bagaimanapun, Oleh itu, sekiranya anda berhasrat melakukan hubungan seks, berhati-hatilah dengan akibatnya!! Gunakan kondom untuk melindungi anda daripada terkena jangkitan penyakit kelamin dan kandungan yang tidak diingini.

Nota: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, sebarang hubungan seks bawah umur (bawah 16 tahun) adalah dianggap Rogol. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dijatuhkan hukuman rotan dan penjara.

Di manakah saya boleh mendapatkan nasihat?
Anda boleh mendapat nasihat daripada:

  • Kaunselor di sekolah anda
  • Doktor keluarga
  • Ahli keluarga yang dipercayai
  • Perbadanan Bukan Kerajaan seperti ASNITA, BEFRIENDERS, AWAM

Semakan akhir:14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment