Thursday 19 January 2012

KEMAHIRAN BERUNDING

Apakah kemahiran berunding?
Kemahiran berunding merujuk kepada keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain.

Kenapa kurang kemahiran berunding?

Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:

  • Kurang pengalaman
  • Tidak matang
  • Kurang mendapat peluang untuk berbincang
  • Kurang yakin
  • Terlalu merendah diri

Apa akan terjadi apabila anda kurang kemahiran berunding?
Anda tidak:

  • Mencapai apa yang anda harapkan
  • Berpuas hati dengan apa yang anda ada
  • Berkeyakinan pada diri sendiri
  • Mempunyai harga diri

Bagaimana anda boleh mendapatkan kemahiran berunding?

Langkah-langkah berikut dapat membantu kemahiran berunding:

  • Kenal pasti apa yang anda perlukan
  • Luahkan pendapat anda
  • Sediakan perancangan
  • Kenal pasti keperluan teman anda
  • Mendengar dengan penuh perasaan
  • Ajukan masalah
  • Beri pengetahuan bukan menggertak atau mengugut
  • Sabar
  • Bertolak ansur dan kreatif
  • Fikirkan teman anda seperti kawan karib
  • Ceburkan diri dalam semua aktiviti
  • Terima tanggung jawab jika dipilih

"Latihan Menghasilkan Kemahiran"

Kepada siapakah anda boleh minta bantuan?
Anda boleh memohon bantuan daripada:

  • Keluarga
  • Ahli keluarga yang anda percayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru - guru Agama

ATAU
Dapatkan bantuan pakar profesional:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

Semakan akhir: 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment