Thursday 19 January 2012

KECACATAN JANTUNG


Pengenalan
Kecacatan jantung sejak lahir terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh anak berbeza antara satu sama lain mengikut darjah kecacatan masing-masing. Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel. Darah tanpa oksigen kembali dari tubuh masuk ke dalam atrium kanan dan ventrikel kanan. Darah kemudian dipam melalui injap pulmanari ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah beroksigen kemudian masuk ke dalam atrium kiri dan ventrikel kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.

Apakah tanda-tanda kecacatan jantung pada anak?

Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut:

  1. Gangguan deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik
  2. Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
  3. Kegagalan jantung : bayi mungkin sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
  4. Pertumbuhan berat badan terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen dalam penyakit jantung.

Diagnosa jenis kecacatan jantung.
Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti:

  1. Elektrokardiografi (ECG) untuk melihat aktiviti elektrik pada jantung.
  2. X-ray dada untuk melihat bentuk dan saiz jantung serta pembuluh darah.
  3. Echokardiografi : imbasan organ jantung
  4. Jika perlu bayi akan dirujuk kepada pakar jantung untuk penilaian lanjut.

Rawatan
Perkara yang harus diingat:

  • Diagnosa yang tepat sangat penting bagi menentukan tindakan/rawatan lanjut pesakit.
  • Keadaan jantung bayi adalah dinamik dan kemerosotan fungsi jantung boleh berlaku secara perlahan.
  • Kebersihan gigi adalah penting. Antibiotic perlu diberikan sebelum melalui pembedahan atau prosedur pergigian. Ini dapat mencegah perkembangan bacteria di dalam jantung.
  • Sebahagian bayi tidak memerlukan tindakan pembedahan seperti ASD dan VSD yang kecil.
  • Kecacatan jantung yang menyebabkan kebiruan harus dinilai sebaik mungkin bagi menentukan samada pembedahan diperlukan atau sebaliknya.

Jenis-jenis kecacatan jantung:

  1. Pink (acyanotic) heart defects with shunt
    1. Ventricular septal defect (VSD). : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan aliran darah balik. Lubang yang kecil biasanya akan menutup sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut .
    1. Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
    2. Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
    1. Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar tetap memerlukan pembedahan jantung untuk menutup saluran. Bagi bayi yang lahir pramatang saluran ini tetap terbuka ketika sakit dan ubat boleh diberikan untuk menutupnya.
  1. Blue (cyanotic) heart defects
    1. Transposition of great arteries (TGA): dalam hal ini pembuluh darah yang dari ventrikel bersambung sehingga berlakunya penigkatan aliran darah dan menyebabkan kegagalan jantung. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur tertentu sejurus selepas lahir.
    1. Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonary sehingga mengurangkan kadar aliran darah. Pembedahan paliatif (meringankan) biasanya dilakukan sebelum pembedahan pembetulan.
  1. Kecacatan jantung jenis sumbatan
    1. Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan antara ventrikel kanan dan arteri pulmonary . Penyempitan injap ini boleh diatasi dengan memasukan belon melalui salur darah di kaki.

Kanak-kanak
Keadaan ini boleh dicegah melalui imunisasi. Kebanyakan pesakit akan melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun pesakit kecacatan jantung biasanya tidak seaktif kanak-kanak lain walaupun selepas menjalani pembedahan.

Penjagaan gigi endocarditis.
Gigi yang rosak boleh menjadi sumber pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan keadaan menjadi serius. Keadaan ini dikenali dengan “ infective endocarditis.”

Kumpulan sokongan
Tiada kumpulan sokongan bagi menyokong pesakit kecacatan jantung. Kebanyakan persoalan/kemuskilan akan dijawab oleh doctor. Kumpulan sokongan yang ada pada masa ini adalah persatuan sindrom Down.

No comments:

Post a Comment