Bilakah kanak-kanak berasa bimbang dan takut?
- Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
- Perasaan resah terhadap orang-orang asing dan resah bila berpisah dari penjaga adalah dua perasaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak. Ini adalah satu perkembangan yang biasa.
- Keresahan terhadap orang-orang asing
- Bermaksud bahawa kanak-kanak merasa takut bila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
- Terjadi pada peringkat umur 4 - 5 bulan dan akan memuncak hingga ke usia 12 bulan.
- Keresahan terhadap perpisahan
- Reaksi yang dipamerkan oleh kanak-kanak apabila dipisahkan dari pengasuhnya.
- Faktor -faktor yang menyebabkan keresahan terhadap orang asing dan perpisahan:
- Usia kanak-kanak.
- Suasana masa itu.
- Pengalaman lampau.
- Keakraban kanak-kanak dengan penjaganya.
- Adalah dinasihatkan untuk dibantu sekiranya perasaan resah, bimbang atau takut itu:-
- Semakin memuncak
- Menjejaskan fungsi kanak-kanak tersebut di rumah dan di sekolah
- Berlanjutan
Apakah jenis jenis kecelaruan keresahan yang sering dialami?
- Jenis kecelaruan kebimbangan yang biasa:-
- Kecelaruan keresahan perpisahan
- Kecelaruan menyeluruh
- Kecelaruan fobia
- Kecelaruan keresahan sosial
- Kecelaruan Stres Pasca-trauma
- Kecelaruan panik
Bagaimana takut dan resah ini dapat dikenali?
- Kelakuan yang luar biasa saperti:-
- Mengelakkan diri dari aktiviti luar seperti riadah bersama keluarga
- Mengelakkan diri dari tempat seperti taman permainan
- Mengelakkan diri dari seseorang seperti guru
- Kelakuan seolah di dalam kesusahan seperti sebelum tidur
- Kelakuan melekap kepada penjaga yang luar biasa
- Perubahan tabiat seperti mula menghisap jari
- Berkelakuan gelisah
- Kemurungan perasaan/emosi/fikiran:
- Perasaan bimbang atau ketakutan
- Penantian yang berlebihan akan bencana dan kemusnahan yang teruk seperti
- Penolakkan
- Ejekan dan cemuhan
- kemalangan
- Kecederaan
- Gagal dalam peperiksaan
- Aduan fizikal:
- Pening kepala
- Sakit perut
- Rasa tercekik
- Sesak nafas
- Berpeluh
- Menggeletar
Mengapa anda perlu mengambil tahu?
Rasa bimbang dan takut boleh menjurus kepada:
- Gangguan dalam proses pembesaran yang normal
- Gangguan dalam fungsi seperti:-
- Pembelajaran
- Perhubungan dengan ahli keluarga, rakan rakan atau guru
- Boleh menyebabkan masalah perlakuan yang serius seperti kecelaruan tingkahlaku
- Boleh menjerumus kepada penyalahgunaan dadah saperti tembakau, arak dan dadah
- Risiko mencederakan diri sendiri
- Risiko untuk membunuh diri
Apa yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak ini?
- Dengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak itu dan fahami tingkahlakunya
- Berikan perangsang dan pujian
- Bantu kanak-kanak untuk mengetahui akan kekuatan dan kelebihan dirinya.
- Bantu kanak-kanak menerima akan kelemahannya dan bagaimana mengatasinya.
- Bantu kanak-kanak untuk bertenang mengunakan teknik relaksasi seperti dengan cara menarik nafas, membayangkan pemandangan yang nyaman dan hijau.
- Berikan sokongan moral supaya kanak-kanak dapat:-
- Belajar berfikir secara positif
- Menerima segala perubahan, ketakutan, kemarahan, kekecewaan dan sebagainya
- Membina kemahiran sosial yang positif seperti sifat ketegasan
- Berikan kaunseling kepada:-
- Kanak-kanak secara individu
- Ahli keluarga kanak-kanak
- Sekolah - beritahu guru mengenai masalahnya supaya mereka dapat memberi kerjasama dan sokongan
- Berikan ubatan sebagaimana yang dinasihatkan oleh Pakar Psikiatri
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan perasaan bimbang dan takut yang berlebihan?
- Bantu kanak-kanak untuk membentuk kemahiran emosi dan sosial.
- Bantu kanak-kanak menghadapi cabaran hidup dengan positif.
- Jalinkan perhubungan mesra, responsif dan saling percaya mempercayai.
- Wujudkan suasana yang aman dan selesa.
- Pastikan amalan harian yang dapat dijangkakan.
Dimanakah bantuan seterusnya boleh diperolehi?
Orang perseorangan berikut boleh membantu
- Kaunselor sekolah
- Pegawai Perubatan di klinik kesihatan
- Pegawai Perubatan di klinik swasta
No comments:
Post a Comment