Sakit Kepala
Memahami sakit kepala
Pengenalan Sakit kepala adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.
Jenis-jenis sakit kepala :
- Sakit kepala akut
- Sakit kepala kronik atau berulang-ulang
- Migrain
- Sakit kepala tegang ( Tension headache )
Sakit Kepala Akut
Sakit kepala berlaku hanya sesekali dikenali sebagai sakit kepala akut. Ini mungkin disebabkan oleh:
- Jangkitan
Jangkitan viral ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.
- Kanak-kanak yang mengalami dengan jangkitan di otak seperti meningitis atau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah-muntah.
- Masalah gangguan telinga Telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.
- Masalah Sinus
Sinus ialah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lender. Keadaan ini dikenali sebagai "sinusitis". - Masalah penglihatan
Sakit kepala boleh juga terjadi apabila otot-otot disekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila kanak-kanak mengalami masalah rabun dekat atau lapisan korneal yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. "Glaucoma" ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala menyebabkan sakit kepala - Masalah Gigi
Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala
Nota : Semua kanak-kanak yang mengadu sakit kepala perlu diperiksa oleh doktor.
Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang
Sakit kepala yang berlaku berulangkali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang mempunyai migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.
Migrain
Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk-nyucuk sebelah kepala. Ianya bermula di bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua-dua belah kepala. Kanak-kanak juga akan merasa loya dan muntah. Kanak-kanak mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepalanya semakin teruk.
Sakit kepala tegang ( Tension headache )
Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot-otot di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi yang tegang di sekolah atau di rumah.
No comments:
Post a Comment