Thursday 12 January 2012

Jaga kesihatan perut

Jaga kesihatan perut


IBU BAPA bersama anak-anak dapat mempelajari mengenai sistem penghadaman melalui pameran Vitagen.


KITA seringkali menonton iklan di televisyen mengenai minuman yang baik untuk sistem penghadaman.

Salah satunya ialah Vitagen yang setiap botolnya mengandungi berbilion-bilion bakteria baik iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei dari makmal yang terkenal di dunia, Chris Hansen, Denmark.

Vitagen ialah minuman susu kultur yang pertama di Malaysia dan merupakan minuman susu kultur yang utama untuk 33 tahun yang lalu.

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya kanak-kanak mengenai perut sihat memainkan peranan penting dalam pembentukan usus yang baik, Vitagen baru-baru ini mengadakan Program Perut Sihat Vitagen (VHTP) yang berlangsung di Blue Concourse, pusat beli-belah, Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Program yang masuk tahun ketiga itu diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam merupakan satu inisiatif program pendidikan pengguna bagi mempromosikan kesihatan penghadaman.

Sebagai salah satu usaha menyampaikan maklumat tentang kesihatan penghadaman kepada rakyat Malaysia, VHTP telah mengadakan satu siri pameran bergerak di seluruh Malaysia.

Pameran bergerak yang pertama telah diadakan di Mahkota Parade pada bulan Oktober dan diikuti dengan siri kedua di Sunway Pyramid.

Timbalan Pengurus Vitagen, Michael Ong memberitahu, VHTP adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial Vitagen.

"Ia juga merupakan salah satu sumbangan ke arah memperbaiki status kesihatan rakyat Malaysia di samping menyokong usaha Kementerian Kesihatan dalam mengurangkan kelaziman masalah penghadaman di Malaysia," katanya.

Kesedaran ramai

Ketika sambutan Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia pada 29 Mei lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menyatakan bahawa kesedaran orang ramai terhadap kesihatan penghadaman adalah tidak setara dengan penyakit lain.

Terdapat ramai yang masih kurang faham atau lebih teruk, leka dengan kesihatan penghadaman mereka.

Menyedari bahawa ia adalah perkara yang perlu diberikan perhatian segera, Vitagen berharap untuk memperkasakan orang ramai dengan informasi yang betul.

"Pameran bergerak selama lima hari tersebut menawarkan pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang menghiburkan serta berpendidikan.

"Ia termasuk Pengembaran Penghadaman Vitagen, Cabaran Smart Vitagen, Pertarungan Bakteria Vitagen, Peraduan Mewarna Vitagen untuk kanak-kanak dan Wii Sport & Fit," ujarnya.

Di samping permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif, tarikan utama pameran bergerak adalah Pengembaraan Penghadaman Sihat.


SALINAN percuma mengenai buku panduan kesihatan penghadaman oleh Badan Penasihat Perut Sihat diberikan kepada orang ramai.


Ia adalah struktur pendidikan yang menunjukkan bahagian-bahagian sistem penghadaman dengan fungsinya tersendiri dengan animasi multimedia yang menarik.

Pengunjung yang melalui struktur itu menyatakan mereka seolah-olah memasuki dunia sistem penghadaman yang menakjubkan.

Aktiviti interaktif dan animasi multimedia dalam Pengembaraan Penghadaman Sihat membantu mereka memperoleh pengetahuan berharga mengenai sistem penghadaman.

Pengunjung juga berpeluang mengukur ketinggian, berat, indeks jisim badan (BMI) dan peratusan lemak badan dalam pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh profesional kesihatan termasuk jururawat, pakar pemakanan dan pakar diet.

Dalam pada itu, buku panduan kesihatan penghadaman bertajuk Perut Sihat, Hidup Sihat oleh Badan Penasihat Perut Sihat (HTAB) juga diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment