Friday, 20 January 2012

Hidangan Warga Tua

Nikmati Hidangan Anda

Apabila umur semakin meningkat, deria rasa dan bau akan menjadi kurang sensitif. Anda juga akan mengalami masalah untuk menelan. Oleh itu, sediakan makanan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.

  • Gunakan gigi palsu sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengunyah.
  • Gunakan pelbagai perisa dalam masakan seperti herba, rempah, serai dan perahan lemon / limau nipis untuk menjadikan makanan lebih lazat.
  • Cincang, dadu atau potong kecil makanan untuk memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan.

Jadikan Waktu Makan Anda Menyeronokkan

  • Jemput saudara mara dan rakan-rakan untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari atau makan malam.
  • Sertai aktiviti di komuniti anda bagi membolehkan anda menikmati makanan dan berpeluang bertemu dengan rakan-rakan .
  • Tonton televisyen atau mendengar radio ketika anda sedang makan. Televisyen dan radio boleh menjadi rakan anda di masa kesunyian.
  • Makan di luar bersama-sama dengan rakan-rakan.
  • Jadikan persekitaran anda kondusif dan gunakan peralatan hidangan makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang menarik.
  • Pastikan diri anda dalam keadaan yang bersih.

Sekiranya anda tidak berupaya untuk memasak atau membeli makanan,

  • Dapatkan perkhidmatan katering atau perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah.
  • Simpan makanan sejuk beku, makanan dalam tin atau makanan yang sedia dimakan di rumah. Pastikan makanan tersebut dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan.
  • Beli dan simpan bijirin segera, sup, mee atau makanan segera dimana anda hanya perlu menambah air panas untuk memakannya.

Semakan Akhir : 14 Julai 2006

No comments:

Post a Comment