Thursday 19 January 2012

Gigi Bertukar Warna (Penstainan)


Latar belakang

Perubahan warna gigi (penstainan) menimbulkan kebimbangan ramai orang kerana ia boleh menjejaskan senyuman mereka.

Apa yang menyebabkan gigi bertukar warna?

Terdapat dua jenis penstainan iaitu penstainan ekstrinsik dan penstainan intrinsik.

► Penstainan ekstrinsik atau permukaan luar gigi yang berubah warna boleh disebabkan oleh:

  • Tahap kebersihan mulut yang tidak baik .
  • Makanan dan minuman seperti teh, kopi , anggur merah dan kola.
  • Penggunaan tembakau
  • Penggunaan bahan kumur yang mengandungi chlorhexidine
  • Tabiat makan atau mengunyah sireh

Staining


Tobacco and Coffee Staining


Dead Tooth

Penstainan Chlorhexidine

Penstainan tembakau
dan kopi

Gigi yang telah mati

Penstainan intrinsik atau perubahan warna gigi pula boleh disebabkan oleh:

  • Pertambahan usia
  • Kerosakan gigi (karies)
  • Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau kerosakan
  • Faktor keturunan
  • Ubat-ubatan seperti pengambilan tetracycline semasa kanak-kanak.
  • Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi

Hereditary


Fluorosis

Keturunan

Fluorosis


Apa boleh anda lakukan?

  • Amalkan kebersihan mulut yang optima
  • Elakkan penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh mewarnakan gigi.
  • Hentikan tabiat merokok
  • Cuba gunakan ubat pemutih gigi.


Rawatan oleh doktor pergigian

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. Anda mungkin perlu rawatan:

  • Penskaleran dan pengilapan (polishing)
  • Pemutihan gigi
  • Tampalan menggunakan tampalan sewarna gigi
  • Rawatan korona

Semakan akhir : 28 Mac 2007

No comments:

Post a Comment