Menggunakan flos merupakan satu teknik untuk membersih celah-celah gigi, di bawah aplians ortodontik atau jejambat gigi dengan menggunakan sejenis benang atau pita khas. Tanpa menggunakan flos, mungkin ada permukaan gigi yang masih tidak bersih.
Mengapa perlu menggunakan flos?
Menggunakan flos adalah pelengkap kepada aktiviti memberus gigi. Ia dapat membuang sisa makanan dan plak gigi yang terlekat di celah-celah gigi yang tidak dapat dibersihkan semasa memberus gigi.
Jenis flos gigi
Terdapat beberapa jenis flos:
|
|
Semua jenis flos di atas adalah berkesan dan sesuai digunakan sekiranya teknik yang betul dilakukan.
Kekerapan menggunakan flos ?
Gunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.
Bagaimanakah cara menggunakan flos?
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan dengan lebih berkesan:
|
| |
|
Cara menggunakan flos bagi mereka yang kurang upaya
Gunakan pemegang flos khas bagi mereka yang kurang upaya.
Perhatian
- Lakukan pergerakan membersih dengan betul, teknik yang salah boleh menyebabkan gusi luka.
- Anda mungkin mengalami ketidakselesaan atau gusi berdarah pada peringkat awal anda menggunakan flos. Sekiranya pendarahan berlarutan selepas satu minggu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pergigian.
Semakan Akhir : 28 April 2008
No comments:
Post a Comment