Thursday 19 January 2012

Cabutan Gigi

Cabutan Gigi

Latar belakang
Kebanyakan gigi perlu dicabut kerana mengalami kerosakan yang teruk atau penyakit gusi. Cabutan gigi yang dilakukan di klinik pergigian adalah rawatan yang selamat dan tidak sukar jika mengikut prosedur.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/toothextraction.jpg

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/toothextraction1.jpg

Cabutan gigi geraham

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum cabutan gigi?

Beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian;
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/bulet2.GIFSebelum ke klinik, pastikan anda

    • makan terlebih dahulu.
    • ambil ubat-ubatan yang perlu, contoh untuk penyakit diabetes

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/bulet2.GIFSemasa rawatan pula

    • beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan
    • sentiasa bertenang

Apakah yang perlu anda lakukan selepas cabutan gigi?

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/bulet2.GIFLakukan perkara berikut:

    • letakkan dan gigit kain kasa yang diberikan ke atas bekas cabutan (soket gigi) selama 10 minit atau sehingga darah berhenti.
    • telan air liur yang terdapat dalam mulut.
    • ambil ubat-ubatan seperti yang diarah.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/bulet2.GIFElakan perkara berikut:

    • berkumur-kumur dalam tempoh 24 jam.
    • usik bekas cabutan dengan lidah atau jari.
    • ambil makanan atau minuman yang panas.
    • lakukan senaman berat.
    • merokok.

Komplikasi yang mungkin berlaku selepas cabutan gigi
Biasanya bekas cabutan akan pulih dalam tempoh 3-7 hari. Walaubagaimanapun, komplikasi berikut boleh berlaku:

    • kesakitan yang berpanjangan.
    • bengkak pada bekas cabutan.
    • rasa kebas yang berpanjangan.
    • pendarahan berpanjangan atau berulang.
    • bekas cabutan lambat sembuh.
    • demam

Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pergigian secepat mungkin sekiranya mengalami komplikasi seperti di atas.

No comments:

Post a Comment