Thursday 19 January 2012

Antipsikotik

Antipsikotik

Pengenalan

  • Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
  • Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptik'.
  • Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
  • Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula.

Jenis-jenis Antipsikotik

  1. Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama):
    • Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil®", Thioridazine "Melleril®", Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine "Stelazine®").
    • Butyrophenones (Haloperidol)
    • Thioxanthenes (Flupenthixol "Fluanzol®", Zuclopenthixol "Clopixol®")
    • Benzamides yang diubah (Sulpiride)
  2. Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua):
    • Clozapine (Clozaril®)
    • Olanzapine (Zyprexa®)
    • Risperidone (Risperdal®)
    • Quetiapine (Seroquel®)
    • Aripiprazole (Abilify®)
    • Ziprasidone (Geodon®)
    • Sertindole (Serlect®)Clozapine

Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :

  1. Kesan sampingan Ekstrapiramidal:
    • Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
    • Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
    • Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
    • Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
  2. Kesan sampingan yang lain
    • Peningkatan selera makan
    • Pertambahan berat badan
    • Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
    • Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
    • Mengantuk
    • Tekanan darah rendah

Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :

  • Kerosakan hati
  • Kerosakan ginjal
  • Masalah jantung
  • Penyakit Parkinson
  • Epilepsi (sawan)
  • Kemurungan
  • Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
  • Pembesaran prostat
  • Glaukoma

Peringatan

  • Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor

Maklumat Am

  • Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
  • Gabungan ubat kumpulan ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh menyebabkan kesan mengantuk yang kuat
  • Hadkan pengambilan alkohol
  • Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat ini
  • Perlu perhatian yang lebih kepada mereka yang mengandung
  • Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
  • Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah

Kaedah Penyimpanan

  • Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
  • Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain
  • Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak

Semakan Akhir : 05 Jun 2008

No comments:

Post a Comment