Friday, 20 January 2012

Ujian saringan Diabetes


Perlukah saya menjalani ujian saringan Diabetes?

Ya, sekiranya anda :

  • Berumur 35 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai salah satu keadaan berikut:
    • Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
    • Pernah mengalami Diabetes pada kandungan yang lepas
    • Pernah melahirkan bayi besar iaitu berat lahir > 4.0 kg
    • Ibu-bapa dan/atau adik-beradik ada Diabetes
    • Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
    • Paras kolesterol tinggi dalam darah (Hiperkolesterolemia)
    • Keabnormalan lemak dalam darah (Dislipidemia)

Bagaimana caranya membuat ujian saringan Diabetes?

Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak dengan cara mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.


Mengapakah perlu untuk memeriksa paras glukosa darah secara berkala?

Diabetes Jenis 2 adalah salah satu masalah kesihatan utama di Malaysia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati, 8.3% orang dewasa (30 tahun dan keatas) mengalami Diabetes. 1 juta penduduk Malaysia dewasa dijangka mengalami Diabetes pada masa ini.

Orang dewasa dengan penyakit Diabetes mudah mengalami beberapa penyakit dan komplikasi seperti serangan jantung, penyakit ginjal (buah pinggang), kebutaan, strok (angin ahmar) dan "diabetic foot".
Mengawal glukosa dalam darah boleh mencegah serangan jantung, strok (angin ahmar), kerosakan ginjal (buah pinggang) dan kebutaan.

Adakah saya menghidap Diabetes?

Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah selanjutnya diperlukan.

Dimana saya boleh membuat ujian untuk Diabetes?
Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

  • Hospital dan klinik kerajaan
  • Hospital dan klinik swasta
  • Makmal perubatan/patologi swasta

Bilakah saya harus menjalani ujian untuk Diabetes?
Sekiranya anda mempunyai salah satu keadaan di bawah, anda perlu membuat ujian Diabetes setiap tahun:

  • IJT/BMI > 23.0
  • Pernah mengalami Diabetes pada kandungan yang lepas
  • Pernah melahirkan bayi besar iaitu berat lahir > 4.0 kg
  • Ibu-bapa dan/atau adik-beradik ada Diabetes
  • Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
  • Paras kolesterol tinggi dalam darah (Hiperkolesterolemia)
  • Keabnormalan lemak dalam darah (Dislipidemia)

Sekiranya tiada keadaan seperti di atas, jalani ujian Diabetes:

  • Setiap 2 tahun jika anda berumur 35-40 tahun
  • Setiap tahun jika anda berumur 40 tahun dan ke atas.

Apakah yang harus saya buat jika paras glukosa darah saya tinggi?
Anda perlu :

  • Merujuk kepada doktor anda, atau
  • Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran

Ujian pengesahan seterusnya akan dijalankan.

Bagaimana cara untuk mengekalkan paras glukosa darah yang normal?

  • Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
  • Makan secara sihat - kurangkan lemak dalam makanan
  • Sentiasa aktif - mulakan senaman yang berjadual

Maklumat lanjut
Clinical Practice Guidelines on the Management of Diabetes Mellitus Type 2, Malaysia, 2004.

Kumpulan sokongan
Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS)
National Diabetes Institute (NADI)

No comments:

Post a Comment