Friday 20 January 2012

Tip perkahwinan bahagia dan berkekalan

PERKAHWINAN

Apakah definisi perkahwinan?

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.

Perkahwinan berbanding bersekedudukan
Kajian menunjukkan mereka yang berkahwin lebih gembira, sihat, panjang umur dan menikmati kesihatan mental yang lebih baik dan bermakna serta kurang berisiko untuk didera secara fizikal. Bersekedudukan (tinggal bersama sebagai satu keluarga tanpa perkahwinan yang sah) tidak memberi manfaat yang sama seperti pasangan yang berkahwin. Malah meningkatkan konflik, persengketaan dan risiko perceraian dalam perkahwinan akan datang.

Tip perkahwinan bahagia dan berkekalan

  • Pilih pasangan dengan bijak. Ini merupakan salah satu keputusan penting yang akan dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya
  • Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin
  • Bersedia secara fizikal, emosi, mental, rohani dan kewangan sebelum anda berkahwin
  • Jadikan perkahwinan keutamaan hidup anda. Luangkan masa bersama dan hargai pasangan anda
  • Dapatkan kemahiran berkomunikasi dan jalinkan perhubungan sihat
  • Timba sebanyak mungkin ilmu sebelum kahwin
  • Berkahwinlah semasa usia anda dalam lingkungan 20an atau lebih
  • Elakkan hubungan seks sebelum berkahwin
  • Elakkan tinggal bersama / bersekedudukan sebelum kahwin
  • Bina perhubungan yang kukuh dengan keluarga dan ibu bapa pasangan masing-masing
  • Hadiri kursus pra-perkahwinan bersama pasangan anda sebelum berkahwin

Semakan akhir: 28 April 2008

No comments:

Post a Comment