Friday 20 January 2012

TANGGUNGJAWAB, HAK & NILAI MURNI


Apa itu hak?

Sebagai seorang remaja anda perlu tahu tentang hak anda! Anda mempunyai hak untuk tidak didiskriminasikan (dibeza-bezakan). Hak perlindungan dan mendapat tumpuan tanpa mengambil kira:

  • Bangsa, warna kulit, jantina, bahasa
  • Agama, fahaman politik atau pendapat yang berlainan
  • Warganegara, etnik atau asal-usul sosial
  • Harta benda, kecacatan, keturunan atau lain-lain status

Anda harus diberikan bimbingan yang bersesuaian dalam menggunakan hak anda. Ibubapa atau penjaga anda bertanggung jawab memberikan bimbingan yang sewajarnya di dalam menggunakan hak anda. Anda mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dengan bebas. Pendapat anda juga patut dihormati. Anda mempunyai hak untuk mendapat bantuan perundangan seperti di bawah artikel 4 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Anda diberikan kebebasan dan hak awam. Anda mempunyai hak perlindungan daripada segala bentuk keganasan, penderaan, kecuaian dan eksploitasi di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
Ingat!

Ketahui dan hargai hak anda.

Ia mendatangkan sifat bertanggungjawab.

Apakah sebenarnya Akta Kanak-kanak?
Akta kanak-kanak 2001:

  • Akta ini menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak
  • Dikuatkuasakan di Malaysia sejak Ogos 2002
  • Menetapkan seseorang yang di bawah umur 18 tahun sebagai 'kanak-kanak'

Siapakah yang dilindungi di bawah Akta Kanak-kanak?

  • Sekiranya anda telah dicederakan atau berisiko untuk dicederakan secara fizikal, emosi atau didera secara seksual oleh ibu bapa,penjaga atau ahli keluarga anda
  • Sekiranya anda didera atau dicederakan (seperti di atas) yang mana ibu bapa atau ahli keluarga anda gagal untuk melindungi atau tidak mahu melindungi anda daripada penderaan atau kecederaan tersebut
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga anda tidak layak, tidak mampu atau cuai dalam mengawal dan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap anda
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga anda mengabaikan atau tidak sanggup untuk menyediakan tempat berlindung, pakaian, makanan atau asuhan yang cukup
  • Sekiranya anda telah ditinggalkan atau tiada ibu bapa atau penjaga
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga anda enggan membenarkan pemeriksaan perubatan, ujian perubatan atau rawatan yang anda perlukan untuk menjaga kesihatan anda
  • Sekiranya anda berkelakuan yang boleh mencederakan diri anda mahupun orang lain tetapi ibubapa atau penjaga anda tidak mampu atau tidak sanggup mengambil tindakan yang sepatutnya
  • Sekiranya anda dipergunakan untuk meminta sedekah atau aktiviti haram contohnya perjudian di mana ia boleh merosakkan kesihatan dan kebajikan anda

Mengenal pasti dan mendefinisikan nilai murni

Apakah maksud 'Nilai murni'?

Nilai murni datang dari keluarga anda, rakan sebaya, masyarakat atau orang yang terdekat dengan anda.
Nilai murni yang anda pegang adalah sangat bermakna pada anda dan ia membentuk keperibadian anda.
Nilai murni anda haruslah sesuai dengan masyarakat.
Sekiranya nilai anda bertentangan dengan persekitaran sosial, maka anda perlu bersedia untuk menghadapi keadaannya.

Rujuk:

  • Pemikiran abstrak
  • Membuat keputusan
  • Penyelesaian masalah

Semakan akhir: 18 Januari 2007

No comments:

Post a Comment