Apakah sembelit?
Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar.
Adakah ianya sesuatu yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak dan apakah faktor yang menyumbang kepada keadaan ini ?
- Masalah ini adalah biasa dikalangan kanak-kanak tetapi hanya sementara.
- Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
- Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
- Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
- Kurang bersenam
- Menahan keinginan untuk buang air besar
- Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism
- Ubat-ubatan contoh narcotic ,analgesic
Bagaimanakah cara untuk saya tahu jika anak saya sembelit ?
Tanda-tanda dan gejalanya termasuk :
- Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
- Kejang perut
- Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah- merahan
Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanak-kanak.
Apakah masalah yang akan terjadi sekiranya menghidapi sembelit ?
- Terdapat kekoyakan kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh meyebabkan perdarahan dan kesakitan.
- Enggan membuang air besar.
- Merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.
- Komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang di hidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.
Bagaimanakah mengendalikan kanak-kanak sembelit ?
Penilaian
- Penting untuk menilai situasi bagi mengelak dan merawat penyakit yang di hidapi
Ubat-ubatan
- Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin mengarahkan pemberian enema bagi mengeluarkan najis atau julap (oral laxative) untuk melembutkan najis.
Pemakanan
- Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah-buahan,sayuran hijau dan bijirin) dan cecair didalam pemakanan harian kanak-kanak.
- Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah penting untuk memastikan susu yang diambil mencukupi.Pertukaran susu formula boleh dilakukan selepas mendapat nasihat dari doktor.
Senaman
- Bersenam secara berkala boleh membantu masalah sembelit
Latih tabiat ke tandas.
- Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya.
Bagaimanakah cara melatih tabiat ke tandas setiap hari ?
- Kanak-kanak perlu dilatih duduk dalam tandas sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
- Dalam masa yang sama ia boleh membaca atau bermain alat permainan.
- Untuk berjaya, kesabaran dan ketegasan amat diperlukan.
Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini dari terjadi ?
- Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi.
- Senaman secara tetap dan berkala
- Melatih tabiat membuang air besar setiap hari.
Apakah tanda-tanda amaran untuk diberi perhatian ?
Dapatkan nasihat dari doktor anda jika
- Sembelit berlarutan melebihi 3 minggu
- Aktiviti harian anak terjejas.
- Berlaku kekoyakan kecil di bahagian dalam dubur.
- Terjadinya buasir.
- Gagal mengeluarkan najis melalui dubur.
- Terdapat kesan kekotoran najis pada seluar dalam anak.
ReplyDeleteArtikel yang menarik mengenai kebaikan probiotik. Memang probiotik dapat memstabilkan koloni bakteria sihat di dalam usus dan membantu untuk melancarkan penghadaman. Walau bagaimanapun, sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami sembelit yang kronik, dia harus mendapat pemeriksaan yang sewajarnya daripada doktor.