Sakit Gigi
Latar belakang
Sakit gigi ialah rasa sakit pada gigi yang lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Kebanyakkan orang hanya akan ke klinik pergigian bila mengalami sakit gigi. Sakit gigi yang teruk boleh menggangu tidur, aktiviti harian dan kesihatan
Apakah penyebab sakit gigi?
Ia biasanya dikaitkan oleh:
|
|
|
Komplikasi
Sekiranya punca sakit gigi tidak dirawat, ia berkemungkinan akan mengakibatkan:
- Gigi mati (non vital tooth)
- Gusi membengkak
- Hilang selera makan
- Kehilangan gigi
Apa yang boleh anda lakukan sekiranya sakit gigi?
Dapatkan rawatan dari doktor pergigian dengan segera. Anda boleh mencuba petua berikut untuk melegakan sakit buat sementara sebelum ke klinik:
- Makan ubat penahan sakit
- Berkumur-kumur atau gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi
- Kebaskan gusi anda dengan menghisap air batu
Elakkan sakit gigi
- Penjagaan kebersihan mulut yang baik.
- berus gigi sehingga bersih dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
- gunakan flos
- urangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman manis
- Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Semakan akhir : 27 Mei 2008
No comments:
Post a Comment