Thursday, 19 January 2012

Sakit Abdomen

Sakit Abdomen

  • Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa.
  • Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain.
  • Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa.

Sebab-sebab

Sebab-sebab psychogenic
Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walaubagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui.

Sebab-sebab functional
Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya:

  • Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance)
  • Senggugut (dysmenorrhoea)
  • Sembelit
  • Cirit-birit (diarrhea)

Sebab-sebab organik
Sakit yang timbul disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. Contohnya :

  • Penyakit radangan usus
  • Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
  • Gumpalan cacing
  • Penyakit keradangan pelvik
  • Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari)
  • Jangkitan pada saluran kencing

Kecederaan yang di alami pada bahagian abdomen, contohnya kemalangan
Rawatan
Kebanyakan masalah ini dapat dirawat di rumah.
Jika anda mengalami sakit perut tanpa gejala-gejala lain, cuba :

  • Berehat sehingga anda berasa lega
  • Minum air yang banyak (minum sedikit-sedikit tetapi kerap adalah lebih baik untuk perut anda)
  • Elakkan minuman yang berkarbonat dan mengandungi kafein seperti soda, teh atau kopi
  • Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • Elakkan mengambil makanan yang pedas, buah-buahan yang masam dan alkohol
  • Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi
  • Elakkan daripada mengambil ubat jenis aspirin dan anti keradangan tanpa steroid

Lain-lain rawatan adalah bergantung kepada penyebab penyakit.

Matlamat rawatan
Mengurangkan gejala dan kembali ke fungsi asal

  • Cuba ubatan untuk mengurangkan sakit, contohnya paracetamol untuk menghilangkan senggugut.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor

  • Sakit disebabkan oleh kecederaan dan kemalangan
  • Sakit yang tidak sembuh dalam tempoh 24 hingga 48 jam
  • Sakit yang bertambah teruk dan kerap
  • Kesakitan setempat pada bahagian abdomen yang bertambah dari masa ke semasa
  • Munculnya gejala-gejala lain seperti cirit-birit, loya, muntah, sukar membuang angin, perubahan pada kencing, demam, sesak nafas, rasa mengantuk atau pitam
  • Perut yang membuncit
  • Mengandung
  • Muntah darah yang berwarna hitam

Pencegahan
Sakit abdomen dapat dicegah melalui

  • Amalkan tabiat membuang air besar setiap pagi bagi mengelakkan sembelit.
  • Amalkan tabiat makan yang baik dan teratur.
  • Elakkan pengambilan makanan berlebihan bagi menjauhkan ketidakselesaan perut.
  • Makan dengan perlahan-lahan dan berhenti sekiranya sudah berasa kenyang.
  • Elakkan mengunyah gula-gula getah bagi mengurangkan menelan angin.
  • Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan setiap kali memandu untuk mengelakkan berlakunya kecederaan pada bahagian abdomen


Semakan Akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment