Relaksasi
Relaksasi adalah suatu keadaan dimana anda berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang. Terdapat beberapa teknik atau cara untuk relaksasi.
Tujuan
- Melegakan stress untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung, susah hendak tidur, sakit kepala disebabkan tekanan dan asthma
 - Keupayaan mengawal - untuk menenangkan minda dan mengembalikan kercerdasan minda
 
Relaksasi penting apabila anda mempunyai gejala seperti berikut:-
- Berdebar-debar
 - Sakit kepala
 - Berpeluh
 - Susah untuk bernafas
 - Paras glukos darah yang tidak terkawal
 - Keadaan badan yang tidak selesa seperti ketidakcernaan,sembelit dan kegelisahan.
 - Kepenatan atau susah hendak tidur.
 - Ketegangan otot terutama otot ditengkuk dan otot bahu.
 - Susah untuk memberi tumpuan dan mudah risau.
 - Kurang sabar, mudah tersinggung dan cepat marah.
 - Hilang selera makan atau makan berlebihan.
 - Hilang minat terhadap seks.
 
Nasihat Am
- Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda
 - Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
 - Jangan bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi. Cuba berehat 1 -2 minit untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
 - Bangun perlahan-lahan apabila anda sudah bersedia.
 - Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan. Banyakkan latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks
 - Cuba mengenalpasti punca stres atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan elakkannya.
 - Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal anda.
 
Jenis-jenis Relaksasi
1. Kaedah atau teknik pernafasan
2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)
3. Regangan
4. Senaman
5. Teknik relaksasi yang lain
- Progressive muscular relaxation ( teknik yang lebih sukar)
 - Bertafakur
 - Yoga
 - Tai-chi
 - Muzik
 - Menari
 - Urut
 
Persediaan untuk relaksasi
Pastikan diri anda merasa tenang dan selesa
- Pergi ke tandas dan bersihkan diri anda dahulu.
 - Pakai pakaian yang longgar, tanggalkan cermin mata dan kasut.
 - Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
 - Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
 
Prosedur untuk teknik relaksasi
1. Pernafasan Dalam
- Ini adalah teknik yang paling asas.
 - Menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
 - Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
 - Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila anda merasa tegang atau tertekan.
 
(Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)
2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)
- Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda.
 - Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.
 
(Lebih infomasi /maklumat pada  prosedur)
                     
                       Semakan akhir : 14 Julai 2006
No comments:
Post a Comment