Penyakit Kaki Atlet
Pengenalan
Penyakit kaki atlet adalah jangkitan yang berlaku pada kaki yang disebabkan kulat. Dari segi perubatan, ia dikenali sebagai Tinea Pedis dan selalunya berlaku dalam keadaan berulang. Kaki atlet disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai Dermatophytes.
Keadaan tertutup, panas, persekitaran lembab adalah medium yang sesuai untuk perkembangan kulat. Keratin, protein yang terdapat dalam rambut, kuku dan kulit, menyediakan nutrisi kepada kulat.
Keadaan menyebabkan kemungkinan berlaku jangkitan. Kontak terus dengan kulit yang terjangkit atau pakaian yang terjangkit yang tidak dibersihkan boleh menyebarkan jangkitan.Tempat awam seperti hotel, sekolah berasrama, bilik loker persalinan dan pusat kecergasan adalah tempat biasanya berlaku jangkitan.
Biasanya kaki atlet menjangkiti ruang antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan sisi kaki.
Tanda dan Gejala
Gejala adalah seperti berikut:-
- Bau kaki yang tidak menyenangkan
- Gelembung kecil atau lepuh yang gatal pada kulit kaki.
- Ruam merah berkeruping yang gatal di celah jari kaki. Lama kelamaan menyebabkan rekahan, kulit menggelembung yang boleh menyebabkan jangkitan kuman
- Kuku yang tebal, rapuh, kusam berubah warna atau terangkat dari asas kuku.
- Kulit kaki menjadi kering dan berkeruping
- Kulit menggelupas dan merekah terutamanya di bahagian celah jari kakiKekeringan yang agak teruk pada kulit bawah dan sisi kaki
Faktor Risiko
- Stokin dan kasut yang lembab meningkatkan risiko. Keadaan panas dan lembab yang menyebabkan perpeluhan banyak adalah keadaan paling sesuai untuk penyebaran
- Kasut plastik terutamanya menyediakan ruang yang sesuai untuk perkembangan dan jangkitan kulat
- Sistem dayatahan diri yang rendah – sangat mudah berjangkit kepada orang yang kurang daya tahan penyakit sebagai contoh pesakit diabetes atau pesakit HIV/AIDS.
- Jangkitan bakteria sekunder. Bakteria mengeluarkan bahan yang menyebabkan kulit terhakis dan berlebihan air di kawasan antara jari kaki dan menyebabkan rasa sakit.
- Reaksi alahan mungkin boleh menyebabkan gelembung kulit pada jari kaki dan tangan.
Rawatan
Anda boleh menggunakan krim antikulat pada kulit anda. Kes yang lebih teruk mungkin memerlukan ubat berpreskripsi. Rawatan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan perkembangan kulat dan mencegah ia dari merebak.Penjagaan asas kebersihan diri dan bedak antikulat boleh menyembuhkan kebanyakkan kes. Sekiranya tidak berkesan, berjumpalah doktor. Doktor akan memberi ubatan lain seperti krim antikulat dan ubatan antikulat. Walaupun dirawat dengan ubatan antikulat ia memerlukan beberapa minggu untuk sembuh.
Pencegahan
- Sentiasa pastikan kaki anda kering terutamanya selepas mandi dan selepas wudhuk. Biar berkaki ayam selama yang boleh di dalam rumah untuk membolehkan pengudaraan kaki yang baik.
- Pakai stoking yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kapas, bulu lembut yang boleh menyerap lembapan dari kaki.
- Tukar stoking dan sarung kaki selalu. Sekiranya kaki jenis berpeluh, tukar stoking dengan lebih kerap.
- Pakai kasut ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan kasut yang diperbuat dari bahan sintetik seperti vinyl dan juga getah
- Sediakan beberapa kasut untuk ditukar tukar. Ini akan membolehkan kasut kering sepenuhnya selepas penggunaan
- Pakai sandal kalis air atau sandal khas mandian di bilik mandi awam, kolam renang dan pusat kecergasan dan juga tempat awam
- Gunakan bedak antikulat setiap hari
- Gunakan kasut anda sendiri, meminjam kasut orang lain memberi risiko mendapat jangkitan kulat.
Semakan Akhir: 22 April 2008
No comments:
Post a Comment