MEROKOK
                
Latar belakang
                      Merokok  adalah tabiat yang merbahaya.                       Jika anda  tidak merokok, jangan mulakan kerana  dalam jangka masa panjang, ia boleh  menyebabkan pelbagai jenis  penyakit. 
Mengapa tidak merokok atau berhenti merokok itu penting?
- Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.
 - Kajian menunjukkan :
 - Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
 - Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
 - Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
 
Apa keburukan merokok?
                    Merokok  boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
- Gigi berkarat (staining).
 - Nafas berbau (halitosis).
 - Penyakit gusi (penyakit periodontium).
 - Kanser mulut.
 
Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
- Kanser paru-paru.
 - Tekanan darah tinggi.
 - Strok.
 - Penyakit jantung.
 - Mati pucuk.
 
Perhatian
                    Walaupun  penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi  mungkin berkesan menanggalkan karat gigi  dan menyegarkan bau nafas  perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau  penyakit yang  disebabkan oleh asap rokok.
Apa yang anda perlu lakukan  sekiranya anda seorang perokok?
                    Anda  perlu membuang tabiat merokok. Pastikan anda :
- Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
 - Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
 
Petua berhenti merokok
                    Bukan  senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental untuk  membuang tabiat ini.
Beberapa petua untuk berhenti merokok :
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
 - Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok".
 - Dapatkan sokongan.
 - Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
 - mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
 - lakukan senaman
 - mandi dengan lebih kerap
 - Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).
 
Semakan akhir : 27 Mac 2007
No comments:
Post a Comment