Thursday 19 January 2012

Menu Sihat

Apakan dia menu sihat

  • Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu tersebut.
  • Contoh menu yang dicadangkan contoh menu.

Bagaimanakita menyediakan menu sihat

  • Rancang menu kita
  • Memasak makanan yang sihat
  • Ubahsuai resepi kita

Bagaimana kita merancang menu

  • Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
  • Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayam-itik) dan protein tumbuhan (kekacang).
  • Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren), bayam (hijau) dan labu manis (kuning).

Bagaimana kita memasak dengan sihat

  • Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
  • Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
  • Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
  • Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
  • Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
  • Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
  • Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
  • Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan

Bagaimana kita mengubah suai resepi

  • Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan
  • Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair
  • Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
  • Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.


Semakan Akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment