Thursday 19 January 2012

Memberus Gigi


Latar belakang
Gigi palsu dibuat untuk menggantikan gigi yang telah hilang. Alat ini boleh ditanggalkan dari mulut. Penjagaan gigi palsu penting untuk:
  • mengekalkan kesihatan gusi dan gigi yang masih ada.
  • mencegah nafas berbau (halitosis).

Bagaimana cara menjaga gigi palsu

  • Pegang gigi palsu dengan cermat di atas semangkuk air atau kain. Berus dan keringkan gigi palsu selepas makan dan sebelum tidur.

3

  • Rendam gigi palsu dalam segelas air apabila tidak dipakai atau apabila tidur, untuk mencegah perubahan bentuk. Elakkan menggunakan air panas atau air suam.

Anda juga boleh menggunakan bahan pencuci khas gigi palsu untuk merendam dan mencucinya.

  • Jangan mengubahsuai atau membaiki sendiri gigi palsu yang rosak atau retak. Bawalah gigi tersebut ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pergigian.
  • Jangan pakai gigi palsu semasa tidur.

d

Penjagaan gigi palsu untuk golongan kurang upaya
Penjaga perlu membantu bersihkan gigi palsu mereka yang kurang upaya di bawah jagaan.
Adakah pemeriksaan mulut masih perlu?
Ya, anda masih perlu mendapatkan pemeriksaan mulut di klinik pergigian secara berkala untuk memastikan gigi palsu anda berkeadaan baik.



Memberus Gigi


Latar belakang
Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala dapat menjamin kesihatan gigi dan gusi. Kebersihan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.

Kepentingan memberus gigi
Memberus gigi secara berkesan dan berkala membantu:

  • bersih sisa makanan dan plak gigi
  • cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (periodontium) dan mengelakkan nafas berbau (halitosis).

elderly smile

Berapa kerap anda perlu memberus gigi?
Anda perlu memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan sebelum tidur. Berus gigi selama dua atau tiga minit setiap kali memberus.

Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?
Anda perlu menukar berus gigi:

  • apabila bulu berus mula haus atau kembang
  • selepas sembuh daripada sakit tekak contoh batuk
  • selepas tiga bulan digunakan

Pemilihan berus gigi?
Pilihlah berus gigi yang:

  • sesuai dengan mulut anda
  • mempunyai pemegang yang selesa
  • mempunyai bulu berus yang lurus dan lembut

Petua memberus gigi

  • Berus semua permukaan gigi terutama di leher dan celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida
  • Simpan berus gigi di tempat kering dan tidak bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelak jangkitan

Memberus Gigi
Bagaimanakah cara memberus gigi dengan lebih berkesan?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda memberus gigi dengan lebih berkesan.

  • Letakkan berus gigi pada sudut 45-darjah di bahagian permukaan luar gigi. Berus perlahan-lahan dari atas ke bawah untuk gigi di rahang atas dan dari bawah ke atas untuk gigi di rahang bawah. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan sebelah dalam gigi.

toothbrushing

2

  • Letakkan berus gigi di permukaan mengunyah dan berus dari depan ke belakang.

3

  • Sendengkan berus gigi di permukaan dalam gigi hadapan, dan berus dari atas ke bawah dengan menggunakan hujung berus gigi.

4

  • Untuk membersihkan permukaan celah gigi, gunakan berus gigi yang kecil (pembersih antara gigi);berus arah ke dalam dan ke luar.
  • Untuk membersihkan lidah, pegang berus gigi secara mendatar dan berus permukaan lidah dari arah ke belakang dan ke hadapan.

Bagaimana membantu golongan kurang upaya menjaga kebersihan gigi?


4

Gunakan berus gigi berkuasa bateri atau pemegang berus gigi yang telah diubah suai bagi mereka yang kurang upaya.

5

6

Pemegang berus gigi yang telah diubah suai

Mudah dipegang

5

Penjaga harus membantu mereka yang kurang upaya menjaga kebersihan mulut.
Dua kedudukan yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang kurang upaya memberus gigi:

    • Secara duduk

    Orang kurang upaya duduk di kerusi. Anda berdiri di belakangnya sambil memaut kepala dengan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi memberuskan gigi.

    • Secara mengiring

    Baringkan orang kurang upaya secara mengiring dan kepalanya berada di atas pangkuan anda.

No comments:

Post a Comment