Thursday 19 January 2012

Memberus Gigi

Latar belakang

Memberus gigi sehingga bersih dan secara berkala adalah langkah utama untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi. Kesihatan pergigian yang baik merupakan sebahagian penting kesihatan seseorang individu yang menyumbangkan kepada kehidupan berkualiti.

Kepentingan

Memberus gigi dengan berkesan dan secara berkala dapat membantu :

  • membersihkan sisa-sisa makanan dan plak gigi.
  • mencegah kerosakan gigi ( karies gigi ), penyakit gusi ( penyakit periodontium ) dan nafas berbau ( halitosis )

Berapa kerap anda perlu menukar berus gigi?

Tukar berus gigi anda :

  • apabila bulu berus mula kembang atau haus
  • selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk
  • selepas 3 bulan penggunaan

Berapa kerap anda perlu memberus gigi?

Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas makan dan sebelum tidur malam. Beruslah selama 2 hingga 3 minit setiap kali.

Apakah jenis berus gigi yang terbaik?

Pilihlah berus gigi yang memenuhi ciri-ciri berikut:

  • saiz yang sesuai dengan mulut anda
  • pemegang yang selesa dan teguh
  • bulu berus (bristel) yang lembut dan mempunyai hujung yang bulat.

Petua memberus gigi

  • Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi
  • Jangan berkongsi berus gigi
  • Gunakan ubat gigi berfluorida
  • Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan) untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus gigi.

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anda?
Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mempraktikkan teknik memberus gigi yang berkesan :

  • Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari gusi ke gigi.

  • Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke belakang dan ke hadapan.

  • Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan beruskan ke dalam dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.

  • Di celah-celah gigi atau kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental) dengan gerakan ke luar dan ke dalam.
  • Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.


Semakan Akhir : 27 Mei 2008

No comments:

Post a Comment