Pengenalan
Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:
- Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
- Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
- Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
- Penyalahgunaan dadah dan alkohol
- Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Tanda-tanda dan gejala
- Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
- Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
- Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.
Kesan dan akibat
Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
- Cepat menjadi marah
- Sukar mengawal emosi
- Sukar memberi tumpuan/perhatian
- Kemungkinan boleh membuat kesilapan
- Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan
Rawatan
Dapatkan bantuan profesional
- Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
- Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
- Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.
Pencegahan
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
- Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
- Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
- Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
- Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.
Rehabilitasi
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
- Berhenti merokok
- Jangan tidur pada siang hari
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
- Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
- Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
- Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
- Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
- Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
- Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
- Tidur bila rasa mengantuk
- Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Simpan satu diari tidur
- Catit jumlah jam dan kualiti tidur
- Masa masuk dan bangun dari tidur
- Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
- Perasaan anda
Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter
Kumpulan sokongan
Sleep Disorder Society of Malaysia
Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia
Semakan Akhir : 20 Mei 2008
No comments:
Post a Comment