Thursday 19 January 2012

Malu Payudara tidak timbul

Genetik, hormon, berat badan pengaruhi pembesaran payu dara

SOALAN Saya berusia 22 tahun, memiliki barat badan 40 kilogram dan ketinggian 150 meter. Bagaimanapun, saya bermasalah dengan pembesaran payu dara yang tidak normal seperti rakan sebaya. Perkembangannya terbantut dan kelihatan seperti kanak-kanak yang belum akil baligh. Untuk pengetahuan doktor, haid saya normal dan datang pada setiap bulan. Saya malu untuk berjumpa dengan mana-mana doktor bagi mendapatkan pandangan atau rawatan. Saya ingin tahu adakah jalan penyelesaian bagi saya menjadi normal seperti wanita lain selain pembedahan ? Adakah boleh saya mengambil pil hormon dan apakah jenis pil yang perlu diambil?

HANI RUNSING

JAWAPAN

Saudari, apabila baligh berlaku seseorang wanita akan mengalami beberapa perubahan hormon. Paling ketara sekali ialah perubahan pada payu dara.
Perubahan ini bermula dalam jangkaan umur 11 hingga 12 tahun dan menjadi lengkap pada usia 18 tahun. Pertumbuhan payu dara sememangnya amat dikhuatiri remaja kerana membuatkan mereka tertanya-tanya apakah mereka normal.
Hakikatnya, ada beberapa peringkat pertumbuhan payu dara:

1) Peringkat pertama - pra-baligh yang mana tiada tisu-tisu payu dara dan dada mereka kelihatan leper.

2) Peringkat kedua - menyerupai payu dara wanita dewasa yang mana payu dara berbentuk bulat penuh dan puting.

3) Peringkat ketiga - bentuk payu dara menyerupai wanita dewasa tetapi saiznya kecil. Ada remaja mengalami proses pertumbuhan payu dara daripada peringkat ketiga yang melangkau terus ke peringkat akhir.

4) Peringkat keempat - berlaku pada akhir baligh, puting dan areola (kawasan kulit berbentuk bulat yang mengelilingi puting selalunya hitam sedikit) mula menonjol keluar dari bahagian tisu payu dara yang lain. Ada remaja dan juga wanita dewasa yang berada pada peringkat ini sehinggalah mereka berkahwin, bersalin dan menyusukan anak dengan susu badan. Selepas bersalin barulah payudara mereka membentuk seperti mana tipikalnya wanita dewasa. Jadi perkara itu adalah normal.

Namun, tidak dinafikan, ada juga remaja mendapati saiz payu dara mereka tidak sama atau posisinya satu rendah dan satu lagi tinggi. Ini adalah variasi yang normal dan tidak perlu dikhuatiri. Ia berpunca dari ketidakseimbangan pertumbuhan payudara. Sebelah mungkin tumbuh lebih cepat dari yang sebelah lagi. Perkara ini adalah biasa dan segala bentuk dan saiz payu dara adalah normal dan sihat.

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi saiz payu dara antara lain adalah genetik, hormon dan berat badan. Saudari berada di bahagian ‘underweight’ jadi cubalah naikkan berat badan saudari. Saudari mungkin kurang prihatin, berat badan seseorang juga mempunyai peranan dalam menentukan saiz payu dara.

Pada pendapat saya saudari tidak perlu mengambil apa-apa hormon ataupun menjalani pembedahan bagi ‘memulihkan’ masalah saudari. Saudari adalah normal dari segi proses baligh kerana haid saudari teratur setiap bulan. Selain pertumbuhan payu dara dan haid, pertumbuhan rambut pada ketiak dan juga ari-ari cukup membuktikan tiada masalah mengenai pertumbuhan saudari sebagai wanita.

Jawapan disediakan: Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.

8 comments:

  1. Salam dktor. Sy juga mngalami msalah yg sma sperti di atas. Sy telah cuba berbgai cra utk mbesarkan pyudara sy ttpi tiada prubahan. Dlu sy underweight dan kini alhamdulillah ideal. Tp pyudara msih tidak mbesar dan kelihatan tidak spadan dengan saiz badan.bgaimna mahu mbesarkan pyudara dri brterusan terbantut?

    ReplyDelete
  2. assalam sy umur 24 tahun dan ketinggian 152, berat 64kg dan payudara sy besar sgt..start tumbuh ketika umur 9 tahun ag..sy ni sy malu dgn payudara yg yg besar dan bulat menyerupai actress lucah,, juga bdn sy mmpunyai pinggul lebar..buat sy sering diganggu lelaki..sy malu nak ambil gambar kkdg dgn ciri2 fizikal sy yg selalu jd mngsa pndangn..kkdg sy pakai baju besar but still nmpak seksi..sdgkn sy skrg mau jg muslimah sejati..sy malu dgn fizikal sy yg agak gemuk..sy cuba diet tp hny muka jer yg kurus, so cmner ni dok..perlu ker sy check hormon sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk senasib dgn saya,,, ada hikmahnya.. Jgn risau,,,

      Delete
    2. Sis dah berkahwin ke blum?

      Delete
  3. ~ingin perubahan~
    rupa2ny ad y senasib dgnku. sy sdh brsuami. perasaan sdih mula mnguasai ble bersama suami. xyakin pd dri sndri. tp apakan dayaku. plbgai cra cuba Sy lakukan. tp xberhasil. bantulah kami.

    ReplyDelete
  4. Payudara kecil, m'buatkan sy pelik .. Setiap kali brsama dgn rakan2 prempuan yg lain, mereka akn brcakap2 yg sy seperti tiade payudara.. Sekiranya msalah ini brkekalan, sy bmbang ia tdak m'jd kan sy yakin dgn dri sdiri .. ; (

    ReplyDelete
  5. haii . sya mengalami masalah ni juga tapi bila saya bace kene naikkan berat badan saya lega . tetapi kawan saya berbadan besar tapi saiz payudara dia lebih kecik dari saya . itu mcam mane pulak

    ReplyDelete
  6. Salam doktor..sy dah 8 tahun kahwin..suami memang x sentuh payudara..sbb kecil..selain haid x teratur..payudara pun x tumbuh sempurna..malu bile tgk muris skolah rendah pun besar..sy ni klu bring leper..sy dah pergi jumpa doktir..dia bg ubt teraturkan haid..tp payudara x mmbesar..adik sy..mak sy smua bulat cantik..sedangkan diorang kurus..sy ni tggi 150.. berat 69..asal berat 74..bila sy diet ,payudara sy makin kempis..malu....lepas beranak pun skjo je dpt mnyusu..dlm sebulan..lepas pam kempis..malu sgt..bby x hisap puting sbb niple inverted..adakah perlu membuat pembedahan?ingat dah kawen jd makin besar..satu ke knn 1 lgi ke kiri..pkai bra yg berspan sbb malu xde pape

    ReplyDelete