Thursday 19 January 2012

Makan Di Luar

Apakah yang perlu anda lakukan semasa makan di luar?

  • Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi bendasing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
  • Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
  • Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate.
  • Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
  • Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan pewarna tiruan.
  • Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.


Apakah premis makanan yang bersih?

Premis-premis makanan yang bersih ialah:

  • Terletak jauh dari kawasan yang kotor yang berhabuk dan tidak terdapat lalat, lipas, tikus dan binatang sesat.
  • Mempunyai kemudahan asas seperti saluran air bersih, elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas.
  • Mempunyai pengedaran udara yang baik dan cahaya yang terang
  • Menggunakan perkakas atau alatan untuk makan dengan sempurna dan bersih
  • Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik
  • Menutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.


Bagaimana untuk memilih Makanan yang selamat ?

  • Elakkan memakan makanan yang tercemar yang mengandungi benda asing seperti rambut, kuku, pasir dan batu.
  • Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan penampilannya.
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak
  • Elakkan mengambil makanan yang "terbakar" (hangus) seperti sate hangus.
  • Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok.
  • Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan perwarna tiruan.
  • Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.

Bagaimana untuk memilih makanan sihat semasa makan di luar?

  • Pilih diet seimbang sebagaimana yang di sarankan mengikut piramid makanan
  • Jangan terlebih memesan makanan. Dapatkan makanan dalam hidangan yang bertepatan dengan keperluan nutrien sendiri,
  • Minta minuman yang kurang gula
  • Jangan tambahkan garam dan produk yang mengandungi garam (seperti kicap) yang terdapat di atas meja ke dalam makanan
  • Pesan jus buahan yang segar dan bukan minuman berkarbonat
  • Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mi, nasi dan stik.
  • Minta salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segera
  • Selesaikan makan anda dengan pembasuh mulut (dessert) iaitu salad atau buah-buahan yang segar

Semakan Akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment