Thursday 19 January 2012

Laktasi dan Ubat-ubatan


Pengenalan
Kebanyakan ubat yang beredar dalam aliran darah akan hadir dengan jumlah yang kecil dalam susu ibu. Bagi mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi.

Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?

  • Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
  • Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?

  • Beritahulah dokor anda bahawa anda menyusu badan setiap kali anda mendapatkan rawatan.
  • Berhentikan sementara ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
  • Makanlah ubat anda setiap kali selepas menyusu badan bagi memastikan kadar ubatan didalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya.
  • Makanlah ubat-ubatan sebelum masa tidur bayi anda.
  • Berhentikan menyusu badan buat sementara waktu sekiranya perlu.

Ubat-ubatan / Bahan-bahan yang kerapkali digunakan

Ubat-ubatan/ Bahan-bahan

Komen/Ulasan

Alkohol

  • Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Risiko tetap ada bagi kegunaan sekali sekala.

Penahan sakit dan Analgesik

  • Paracetamol
  • NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya)
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini dengan pengambilan yang kerap
  • Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat-ubatan anda.

Antihistamines



  • Antasid
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini

Ubat cirit-birit

  • Kaolin
  • Loperamid
  • Atropin dengan difenoksilat
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
  • Penggunaan tidak disyorkan.
  • Kafein
  • Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

Sediaan ubat batuk dan selsema

  • Dekstrometorfan
  • Folkodein
  • Pseudoefedrin
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
  • Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

Ubat sedut untuk asma

  • (contoh Salbutamol, Terbutalin)

Inhaler
Inhaler

  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
  • Sediaan Zat Besi untuk Anaemia
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
  • Iodides
  • Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu

Julap

  • Kumpulan Pembentukan najis
  • Julap Perangsang
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.

Nikotin

  • (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)
  • Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam.
  • (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)
  • Vitamin
  • Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak
  • Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)

Ubatan cacing

  • Pirantel pamoat
  • Mebendazol / Albendazol
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
  • Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.

Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan

Asap rokok
  • Nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif)
  • Jangan merokok ketika menyusukan anak.Mungkin meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).Mungkin meningkatkan risiko jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan telinga

Penyalahgunaan Dadah

  • Kokain dan Pensaiklidin (PCP)
  • Amfetamin, heroin and marijuana
  • Memberikan kesan keracunan pada bayi anda.
  • Memberikan berbagai kesan termasuklah tidak selesa, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.

No comments:

Post a Comment