Thursday, 19 January 2012

Ketuat


Apakah itu ketuat?
Katuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus dan pox virus. Virus-virus ini merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.

Apakah jenis-jenis ketuat yang biasa?

  • Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
  • Ketuat plantar – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
  • Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

Apakah tanda-tanda gejala ketuat?
Ketuat biasanya tidak menyebabkan gejala, cuma mungkin ketuat plantar terasa sakit.

Bagaimana ketuat dirawat?
Kebanyakan ketuat akan hilang seluruhnya dalam masa beberapa tahun. Jika ketuat dirasakan sakit atau disebabkan penggunaan bahan kosmetik, rujuk kepada doktor anda untun rawatan lanjut.

Bagaimana ketuat dapat digecah?
Ketuat mudah berjangkit. Ia boleh dicegah dari merebak dengan :

  • Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
  • Jagaan kebersihan diri yang baik
  • Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap
  • Jangan berkaki ayam disekitar kolam renang

No comments:

Post a Comment

Post a Comment