Thursday 19 January 2012

Keselamatan Jalanraya


Pengenalan
Mangsa jalanraya biasanya terdiri daripada kanak-kanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan kaki,penumpang kereta,bas atau pembonceng motosikal.Kemalangan jalanraya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/SafetyRoad4.jpg

Pencegahan
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.

Kereta:

  • Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
  • Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sekali kali berkongsi tali pinggang keselamatan.
  • Seat belt must be properly placed with the lap belt across the hip bones and fit snugly across the chest.
  • Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
  • Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya di letakkan di tempat duduk belakang. bayi juga perlu di letakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.
  • Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

Pejalan kaki:

  • Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun melintas jalanhttp://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/SafetyRoad2.jpg secara bersendirian.
  • Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki.
  • Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
  • Jangan berlari ketika melintas jalan.
  • Jangan bermain berhampiran jalan raya.
  • Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang kurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.
  • Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan di hadapan.
  • Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat di lihat oleh pemandu yang lain.

Penumpang bas

  • Jangan tunggu bas berhampiran lalulintas.
  • Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
  • Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
  • Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.
  • Berhati-hati semasa turun dari bas.
  • Selepas turun dari bas, jalan kehadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.
  • Pastikan anda berada jauh dari bahagian belakang bas sepanjang masa.

Penunggang Motosikal

  • Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal. Gunakan kaedah pemanduan yang selamat.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/Road_Safety.jpg

Penunggang basikal

  • Pastikan basikal dalam keadaan baik .
  • Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.

No comments:

Post a Comment