Thursday 19 January 2012

Kesan bedah fibroid

pix_gal0
Haid lewat akibat tekanan ketika dan selepas pembedahan

Soalan:
Untuk pengetahuan doktor, saya baru membuat pembedahan fibroid pada Julai lalu. Selepas pembedahan itu, selama 40 hari saya tidak didatangi haid, kemudian haid datang semula.
Bagaimanapun, haid itu berpanjangan sehingga berbelas-belas hari lamanya. Saya merujuk doktor di hospital kerajaan dan doktor berkenaan mengatakan sampel fibroid itu bukan kanser. Doktor memberikan saya ponstan dan sejenis asid 'transxemanic acid' untuk menghentikan haid. Kini haid berhenti tetapi saya gusar apakah haid berpanjangan itu menunjukkan masih ada lagi fibroid atau kemungkinan disebabkan perubahan hormon?

LIZA

Jawapan:

Puan Liza, saya berpendapat ada berlakunya perubahan hormon selepas pembedahan fibroid. Kerap juga, selepas pembedahan besar akan menyebabkan haid lewat datang. Ini berpunca daripada tekanan semasa dan selepas pembedahan.

Haid yang datang lewat ini selalunya banyak daripada biasa dan kadangkala berketul-ketul dan panjang tempohnya. Apa yang sudah puan lakukan berjumpa dengan dengan doktor adalah wajar dan masalah puan dapat di atasi dengan ponstan dan transxenamic acid. Perdarahan seperti itu bukannya berpunca dari fibroid kerana ia lazimnya tidak memberi apa-apa masalah.

Bagi bulan-bulan yang berikutnya, berkemungkinan besar haid akan kembali seperti biasa dan mungkin juga berpanjangan. Apa yang saya cadangkan, puan simpan sedikit ubat ponstan dan transxenamic acid ini untuk sebulan dua. Jika perdarahan ini berlaku kembali, ambillah ubat-ubat ini selama empat hingga lima hari.

Sekiranya perdarahan ini berlaku lagi dan tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan tadi, puan perlu berjumpa semula dengan doktor. Apapun, puan tidak perlu khuatir mengenai perkara ini.

Jawapan disediakan; Dr Suhaimi Isa,

1 comment:

  1. Assamualaikum w.b.t. Dr Suhaimi Isa,

    Untuk pengetahuan doktor, saya telah menjalani pembedahan pembuangan fibroid pada awal bulan September 2012 yang lalu. Namun yang merisaukan, saya tidak didatangi haid sejak dari tarikh pembedahan itu.

    Menurut doktor yang merawat saya, tiada pembuangan rahim di lakukan ketika pembedahan tersebut.

    Adakah ini perkara biasa bagi wanita yang menjalani pembedahan fibroid seperti saya?
    Dalam rekod perubatan doktor, apakah tempoh paling lama tidak didatangi haid selepas pembedahan?

    Mohon jasa baik Doktor dari segi nasihat atau rawatan dalam membantu permasalahan saya ini.
    Terima kasih.

    Wassalam w.b.t.

    Zue

    ReplyDelete