Thursday 19 January 2012

Kerosakan Gigi (Karies Gigi)


Latar belakang

Kerosakan gigi merujuk kepada suatu keadaan di mana gigi menjadi reput dan berlubang. Sebab utama kerosakan gigi ialah pengambilan gula yang kerap. Ia menjurus kepada pembentukan asid secara berterusan oleh bakteria dalam plak gigi. Siapakah yang berisiko?

  Mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah berisiko
untuk menghidap kerosakan gigi:

  • Tidak menjaga kebersihan gigi
  • Kerap mengambil makanan yang tinggi kandungan gula
  • Mulut kering (xerostomia)

Tanda-tanda kerosakan gigi
Berikut ialah antara tanda-tanda yang mungkin anda alami :

  • Kesakitan
  • Gigi berlubang
  • Ketidakselesaan ketika memberus gigi dan mengunyah makanan
  • Makanan mudah melekat di celah-celah gigi
  • Rasa atau bau dalam mulut yang tidak menyenangkan

Kesan kerosakan gigi yang tidak dirawat

  • Gigi mati
  • Gusi bernanah (bengkak)
  • Sukar mengunyah makanan
  • Kehilangan gigi
  • Gangguan pertuturan akibat kehilangan gigi

Adakah merokok boleh menyebabkan kerosakan gigi?
Merokok tidak akan menyebabkan kerosakan gigi TETAPI lazimnya kebanyakan perokok mempunyai bilangan kerosakan gigi dan pembentukan kalkulus yang lebih banyak.

Apa perlu anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi?

  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula terutama di antara waktu makan utama. Sekiranya ingin makan makanan ringan, pilihlah makanan ringan yang berkhasiat seperti buah-buahan.
  • Kurangkan atau elakkan minuman berkarbonat yang mana banyak mengandungi gula. Amalkan minum air kosong.
  • Memberus gigi dengan ubat gigi berflourida.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kuranya sekali setahun.

Jenis-jenis rawatan
Dapatkan nasihat doktor pergigian untuk rawatan kerosakan gigi. Anda mungkin memerlukan:

  • Tampalan
  • Rawatan salur akar (endodontik)
  • Korona (crown)
  • Cabutan


Semakan Akhir : 27 Mei 2008

No comments:

Post a Comment