Thursday 19 January 2012

Keracunan di kalangan kanak-kanak


Pengenalan

Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan berlaku di rumah. Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Sumber-sumber racun yang biasa terdapat di rumah:

  • Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol)
  • Ubat-ubatan
  • Racun serangga, racun rumpai
  • Bahan pencuci, pengilat, kaustik

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?

  • Bersihkan racun dari mata, kulit dan mulut anak anda
  • Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk)

Mata

  • Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka
  • Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun.

Kulit

  • Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
  • Tanggalkan pakaian yang terkena racun.

Mulut

  • Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
  • Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.

Jika terdedah kepada gas atau asap:

  • Pastikan anak anda mendapat udara segar.
  • Longgarkan semua pakaian.
  • Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.
  • Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.
  • Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat dari keracunan minyah tanah / asid / alkali.
  • Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun tersebut.
  • Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.

Pencegahan

  • Awasi anak anda.
  • Simpan ubat-ubatan / alkohol di tempat yang tidak boleh dilihat atau dicapai oleh anak anda.
  • Simpan ubat-ubatan dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak dan labelkan bekas tersebut.
  • Berikan ubat dengan sukatan yang betul.
  • Ubat yang tidak digunakan perlu dibuang / dimusnahkan.
  • Kendalikan makanan dengan selamat - sentiasa mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, masak daging mentah dan telur serta cuci buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Didik anak anda mengenai asas keselamatan.
  • Elakkan menyimpan racun dalam bekas minuman berkarbonat untuk mengelakkan anak anda keliru dan meminumnya.

Kumpulan Sokongan
Pusat Racun Negara
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel : 04-6570099
Faks : 04-6568417
E-mail : prnnet@prn.usm.my

No comments:

Post a Comment