Thursday 19 January 2012

Kelahiran (Bersalin)


Kelahiran

Definisi
Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu.

  • Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat
  • Jangka masa bersalin berbeza-beza antara individu. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang pernah bersalin
  • Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih besar
  • Kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

Proses kelahiran yang boleh di bahagi kepada 3 peringkat:

  • Fasa pertama
  • Fasa kedua
  • Fasa ketiga

1. Fasa pertama kelahiran

  • Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran
  • Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk jangka masa 40 saat
  • Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit
  • Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm atau (4") lebar
  • Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan Lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula (show)
  • Ini boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban ("water bag membrane")

childbirth

2. Fasa kedua kelahiran

  • Bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat
  • Biasanya kepala bayi dilahirkan dahulu
  • Sekiranya bayi berkedudukan songsang bahagian punggungnya akan dikeluarkan dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi terlipat ke atas. Kini, bagi ibu yang kali pertama hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan "caesarean"
  • Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit dan dipotong

childbirth2

3. Fasa ketiga kelahiran

  • Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ - ½ jam selepas bayi dilahirkan
  • Uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif

childbirth3_malay

Ringkasan Kelahiran

stages

Step

Kadangkala komplikasi boleh berlaku semasa kelahiran dan memerlukan intervensi seperti penggunaan vakum, forsep atau pembedahan. Sekiranya kelahiran berlaku pada remaja yang berumur kurang dari 14 tahun, komplikasi boleh berlaku dan kelahiran mungkin tersekat akibat tulang pinggul yang sempit dan tidak berkembang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan kematian ibu dan anak serta kecederaan kepada organ-organ di sekitar bahagian pelvis.

Semakan akhir: 28 April 2008

No comments:

Post a Comment