KEINGINAN DAN KAWALAN SEKSUAL
Apakah keinginan seksual
- Keinginan seksual merujuk kepada minat seseorang dalam seks
- Dorongan seksual adalah suatu perasaan dan desakan yang normal
- Ia mempengaruhi pemikiran, kelakuan dan fantasi
Adakah keinginan seksual itu normal?
- Perasaan ini adalah normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran
- Setiap individu akan mengalami perasaan ini, ia disebabkan oleh perubahan hormon (Lihat Memahami Remaja)
- Hormon ini penting untuk fungsi reproduktif dan seksual
- Keinginan seksual yang tidak terkawal dan mendorong ke arah keganasan seksual (contohnya, rogol)
- Tarikan seksual terhadap kaum sejenis, kanak-kanak dan haiwan
Apakah faktor yang mempengaruhi keinginan seksual?
Faktor yang bertanggungjawap termasuklah :
|
|
|
|
- Kurang penyeliaan dan bimbingan dari orang dewasa yang bertanggungjawab.
Anda mungkin mendapat informasi yang salah tentang seksualiti di tempat-tempat seperti cybercafe tanpa bimbingan orang dewasa.
- Situasi persekitaran
Bersendirian dengan pasangan anda di tempat yang sunyi seperti taman, dalam kereta, bilik, rumah dan tempat-tempat yang lain boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
Bagaimana saya boleh mengawal keinginan seksual?
- Berwaspada terhadap ransangan dalaman anda serta persekitaran yang boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
- Percaya dan berpegang pada nilai yang ada dalam diri anda.
- Elakkan diri daripada situasi yang boleh membawa kepada peningkatan nafsu syahwat.
- Jika keinginan seksual timbul, anda harus :
- Hormati batasan masing-masing
- Ketahui batasan anda
- Belajar cara berkomunikasi dan bertolak ansur. Berani berkata TIDAK
- Bertanggungjawab dan mengetahui akibat dari tindakan anda (Konsep 3R dan seksualiti)
- Dapatkan informasi dari sumber yang boleh dipercayai :
- Ibubapa anda
- Guru
- Doktor
- Guru Agama
- Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang membina kemahiran. Contohnya :
- Rakan muda dan aktiviti remaja
- Prostar (www.prostar.gov.my)
- Aktiviti belia dan sukan (www.kbs.gov.my)
- Luahkan perasaan anda dan berkomunikasi dengan ibubapa anda atau orang dewasa yang boleh dipercayai.
- Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat. Contohnya: menjadi seorang sukarelawan dalam aktiviti kebajikan :www.befrienders.org.my dan aktiviti agama : www.mccbchs.bobjots.org
No comments:
Post a Comment