Friday 20 January 2012

Kehamilan, Penyusuan Ibu Dan Ubatan

Kehamilan, Penyusuan Ibu Dan Ubatan

Pengenalan
Penggunaan ubat-ubatan dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu kadang kala menjadi satu keperluan kepada Ibu. Oleh kerana kebanyakan ubat akan melalui saluran darah dan akan berada dalam jumlah yang kecil dalam janin dan susu ibu, anda perlu berbincang dengan doktor atau ahli farmasi mengenai ubat anda.

Kehamilan

  • Peringkat pembentukan janin berada pada tahap risiko paling tinggi di antara minggu ketiga ke minggu kesebelas dalam kandungan.
  • Semasa trimester kedua atau ketiga, ubat-ubatan mungkin memberi kesan kepada tumbesaran dan pembentukan janin, atau meninggalkan kesan toksik kepada tisu janin.
  • Ubat-ubatan yang diambil sejurus sebelum atau ketika hendak melahirkan anak mungkin memberikan kesan yang tidak baik sewaktu proses kelahiran bayi, atau keatas anak setelah kelahiran.
  • Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat sepanjang tempoh kehamilan.

Penyusuan Ibu

  • Beritahu doktor yang anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.
  • Jangan ambil ubat yang tidak diperlukan.
  • Tangguhkan penyusuan badan buat sementara waktu jika perlu.
  • Jika anda perlu mengambil ubat ketika penyusuan badan, pastikan anak diperiksa selalu untuk menentukan tiada kesan buruk berlaku.
  • Ambil ubat segera selepas penyusuan anak dilakukan, bagi menentukan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang.
  • Ambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.

Ubat-ubatan / Bahan-bahan yang sering digunakan

Ubatan

Komen

Alkohol/Ethanol

Penggunaan yang kerap adalah membahayakan. Penggunaan bermusim juga boleh mendatangkan risiko.
(Jangan guna sewaktu hamil)

Ubat untuk mengurangkan kesakitan, dan Analgesik
Paracetamol
NSAIDS
(e.g. Diclofenac, mefenamic acid, naproxen etc)

Tiada kesan buruk diketahui sewaktu penggunaan bermusim.
Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi

Antihistamin
(eg. Chlorpheniramine, loratadine etc.)

Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

Antasid

Tiada kesan buruk diketahui.

Ubat cirit-birit
Kaolin
Loperamide
Atropine with diphenoxylate

Tiada kesan buruk diketahui.
Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
Penggunaan tidak disyorkan.

Ubat buasir
Sediaan 'oral'
Sediaan luar (salap)

Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi.
Tiada kesan buruk diketahui.

Kafein

Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

Sediaan ubat batuk dan selsema
Dextromethorphan
Pholcodeine
Pseudoephedrine

Tiada kesan buruk diketahui.
Tiada kesan buruk diketahui.
Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

Ubat pengembang saluran pernafasan untuk asma
(cth: Salbutamol, terbutaline dsb)

Tiada kesan buruk diketahui.

Sediaan zat besi untuk kekurangan darah

Tiada kesan buruk diketahui, dengan penggunaan yang disyorkan.

Iodides

Jangan digunakan - mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan ibu.

Laksatif
Bulk forming
Laksatif yang merangsangkan

Tiada kesan buruk diketahui.
Mungkin menyebabkan bayi cirit-birit.

Nikotin
(cth: Tampalan Nikotin untuk berhenti merokok)

Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam.
(Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)

Vitamin
(e.g. Nicotine patch for smoking cessation)

  • Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak.
  • Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)

Ubat Cacing
Pyrantel pamoate
Mebendazole/ Albendazole

Tiada kesan buruk diketahui.
Penggunaan tidak disyorkan sewaktu hamil.

Bahan-bahan ketagihan

Asap rokok
Nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif)

Jangan guna sewaktu hamil atau menyusukan anak. Mungkin meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).
Mungkin meningkatkan risiko jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan telinga.

Dadah yang disalahgunakan
Kokain dan Pensaiklidin (PCP)
Amfetamin, heroin and marijuana

Jangan guna sewaktu hamil atau menyusukan anak. Boleh membahayakan bayi.
Boleh menyebabkan pelbagai gejala terhadap bayi termasuk meragam, corak tidur tidak menentu, menggeletar dan muntah. Bayi boleh menjadi ketagih terhadap bahan ini.

No comments:

Post a Comment