Thursday 19 January 2012

Keganasan

Keganasan boleh ditakrifkan dengan berbagai maksud. Salah satu darinya yang diberi oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (World health Organisation – WHO) ialah Dengan sengaja menggunakan kuasa atau kekerasan secara fizikal, mengugut atau benar-benar berbuat keganasan, terhadap sesuatu kumpulan atau komuniti, yang menyebabkan atau besar kemungkinan akan menyebabkan kecederaan, kematian, kesan psikologi, kerencatan tumbesaran dan pengabaian.

Ada berapa jenis keganasan?

Keganasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang utama:

  • Keganasan pada diri sendiri
    • Tingkahlaku untuk membunuh diri
    • Menyiksa diri sendiri
  • Keganasan kepada orang lain
    • Ahli keluarga atau pasangan
    • Seseorang dari kumpulan atau komuniti yang tertentu
  • Keganasan kumpulan akibat perbezaan
    • Sosial
    • Politik
    • Ekonomi

Apakah manifestasi atau bentuk keganasan?
Keganasan boleh terjadi dalam banyak bentuk:

  • Fizikal
  • Seksual
  • Psikologi
  • Terabai atau penindasan

Berapa besar masalah ini di Malaysia?

Tidak banyak kes keganasan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kebanyakan kes keganasan rumah tangga, rogol, penderaan kanak-kanak dan kes pengabaian tidak dilaporkan. Pada tahun 2002, terdapat 2020 kemasukan ke hospital dan 108 kematian kerana keganasan kepada diri sendiri di hospital kerajaan, 5093 kes serangan dan 65 kes kematian.

Semakan Akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment