Thursday 19 January 2012

Kecelaruan Manik-Depresif (Kecelaruan Dwikutub)


Ini adalah satu keadaan di mana seseorang itu mengalami perubahan pada perasaan atau emosi yang bercelaru di antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik). Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.

Tanda & gejala

Fasa Depresif (kemurungan)

  1. Gangguan perasaan
    • Rasa sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  2. Gangguan fungsi kognitif
    • berasa putus asa,tidak ada harapan masa depan.
    • berasa berdosa,diri tidak berguna ,tidak dapat ditolong lagi
    • fikiran ingin membunuh diri
    • hilang perasaan seronok
    • hilang penumpuan fikiran
    • hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti
  3. Tanda-tanda biologi / fizikal
    • Hilang selera makan
    • Turun berat badan
    • Gangguan tidur
    • Hilang nafsu seks
    • Gangguan perjalanan perdarahan bulanan bagi kaum wanita
    • Mudah berasa letih dan tidak bertenaga

Fasa Manik

  1. Gangguan perasaan
    • Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
  2. Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang laindan tinggi harga diri.
  3. Mudah berasa marah
  4. Kurang keperluan untuk tidur
  5. Lebih banyak bercakap dari biasa.
  6. Perhatian mudah berubah-ubah.
  7. Meningkat nafsu seks
  8. Boros dalam berbelanja


Rawatan
Penyakit manik depresif adalah satu penyakit mental yang boleh dirawat sepenuhnya.

  • Rawatan ubat-ubatan::
    • Ubat antidepressant digunakan semasa fasa depresif dan dibarhentikan semasa fasa manik.
    • Ubat antipsikotik digunakan untuk rawatan dikedua-dua fasa penyakit.
    • Sejenis ubat yang dipanggil "mood stabilizer" digunakan untuk mencegah perubahan perasaan yang terlalu cepat.

Semua ubat-ubat ini perlu diambil untuk jangkamasa yang panjang dan anda perlu mengambilnya sehinggalah dinasihatkan untuk berhenti oleh doktor anda.

  • Terapi psikologikal:

Ini termasuklah kaunseling dan psikoterapi yang membantu seseorang itu mengenali dan memahami dirinya sendiri, memahami penyakitnya dan mencari kemahiran dan teknik terbaik bagi menghadapi cabaran hidup individu

  • Kaunseling individu
    • Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu meningkatkan keyakinan dan jati diri anda.
  • Terapi Berkelompok
    • Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit manik depresif menjalani sesi Kaunseling bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
  • Pendidikan kesihatan
    • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya,cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.
  • Terapi Keluarga
    • Membantu ahli-ahli keluarga yang hidup bersama pesakit manik depressif. menangani stress.


Pencegahan
Langkah-langkah mengurangkan stress.

Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilatasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.

Setiap Jabatan psikiatri disetiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

Kumpulan Sokongan

  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri


Semakan akhir : 28 April 2008

No comments:

Post a Comment