Thursday 19 January 2012

Kanta Sentuh Untuk remaja


Adakah anda mengalami masalah penglihatan dan kurang selesa dengan kaca mata anda?
Jika anda kurang selesa dan kaca mata anda membatasi aktiviti anda, mengapa tidak mencuba kanta sentuh?

Apakah kebaikan kanta sentuh?

Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut:

  • Fizikal:
    • Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
    • Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
    • Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
    • Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
    • Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan. Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan
  • Kosmetik:
    • Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
    • Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
    • Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda
  • Optikal:

Kanta sentuh memberikan

    • Imej yang lebih besar
    • Penyebaran cahaya yang lebih baik
    • Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
    • Pandangan yang lebih luas
    • Penglihatan yang lebih jelas
  • Perubatan:

Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk

    • Luka/ulser di kornea
    • Bullous keratitis
    • Sindrom Steven-Johnson
    • Neuroparalytic keratitis
    • Exposure keratitis
  • Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk:
    • Keratoconus
    • Mata kering
    • Astigmatism yang serius

Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh?

Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist).
Pada umur 11 tahun, mata anda sudah cukup matang, dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik.

kanta sentuh

Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan?
Masalah boleh berlaku jika terdapat:
Jangkitan kuman pada mata.

  • Ini jarang terjadi jika kebersihan kanta dan mata diutamakan

Kerosakan pada kanta.

  • Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
  • Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh

Kehilangan kanta

  • Untuk mengelakkan kanta anda hilang, pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja

Semakan akhir: 17 Januari 2007

No comments:

Post a Comment