Thursday 19 January 2012

JANGKITAN KULAT pada rambut, kulit dan kuku

Apakah itu kulat?
Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang mereka dan berpelukan sesama mereka.

Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?
Jenis-jenis ini boleh diklasifikasikan mengikut lokasinya :

  • Tinea capitis (kulit kepala)
  • Tinea corporis ( badan)
  • Tinea manuum (tangan)
  • Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

Apakah faktor-faktor yang menambahkan lagi risiko kepada jangkitan kulat?

  • Bersesak-sesak di kawasan yang panas dan lembab
  • Amalan cara hidup yang tidak bersih – seperti berkongsi tuala, memakai pakaian lembab, memakai stokin yang sama berulang kali, kuku panjang, berjalan tanpa kasut.
  • Lain-lain masalah perubatan – seperti Penyakit diabetis mellitus yang tidak terkawal, HIV atau masih dalam satu rawatan perubatan yang panjang yang mana ini melemahkan sistem immunisasi (cth: rawatan cancer)

Apakah tanda dan simptom jangkitan kulat?
Jangkitan pada kuku seperti berikut :

  • Kuku menjadi rapuh
  • Kasar
  • Kusam
  • Herot benyot (bentuk)

Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

  • Terjadi di antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain.
  • Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah

Tinea capitis (kulit kepala)

  • Keadaan kemerahan di kulit kepala
  • Rambut menjadi rapuh
  • Boleh menyebabkan ada bahagian yang botak.

Tinea corporis ( badan)

  • Badan kemerahan dan bersisik di bahagian tengah kulit yang dijangkiti.
  • Mungkin juga menjadi ruam berbentuk bulat
  • Gatal-gatal.

Rasa gatal ini akan lebih ketara apabila berehat.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh dirawat?
Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosa yang tepat supaya itu rawatan yang betul dapat diberi. Cara menguruskan penyakit ini termasuklah :

  • Menjaga kebersihan diri dengan baik
  • Gunakan anti-septik seperti KMN04 (Potassium permanganate) untuk kulit basah.

Antikulat

  • Ubat-ubatan yang diberi samada suntikan atau secara oral.
  • Krim/Gel untuk disapu

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh dicegah?

  • Amalkan jagaan kebersihan diri
    • Jangan berkongsi tuala mandi, tukar stokin dengan kerap
    • Pakai alas kaki bila berjalan/ bermain dan jaga kebersihan kuku.
  • Basuh kaki dan jari-jari dengan bersih sekurangnya sekali sehari
  • Jangan memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Keringkan kasut anda setiap malam
  • Pakai pakaian longgar.

No comments:

Post a Comment