Thursday 19 January 2012

Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising Pekerjaan

Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising Pekerjaan

Pengenalan

Kebisingan adalah bunyi yang menggangu dan tidak dikehendaki. Pendedahan kepada paras kebisingan yang tinggi boleh menyebabkan hilang pendengaran atau kepekakan.
Apakah 'hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan'?
Ia adalah penyakit hilang pendengaran yang berlaku akibat pendedahan kepada kebisingan di tempat kerja.

Terdapat dua jenis penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan:

  1. Kecederaan Akustik, iaitu hilang pendengaran disebabkan oleh kecederaan serta-merta organ telinga selepas pendedahan kepada kebisingan yang melampau.
  2. Kesan kepekakan akibat pendedahan kepada kebisingan dalam jangkamasa panjang.

Pekerja yang berisiko

Siapakah yang berisiko hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan?
Di antara golongan pekerja berisiko adalah:

  • Pekerja kilang kain/tekstil
  • Pekerja kilang keluli
  • Pekerja kuari
  • Tentera dan polis yang berlatih menembak
  • Pekerja industri pemprosesan makanan
  • Pekerja di lapangan terbang
  • Pekerja industri logam
  • Pekerja kilang perabot.

Gejala

  • Apakah gejala utama yang sering dialami?
    • Pekak atau kurang pendengaran sebelah atau kedua belah telinga.
    • Telinga berbunyi yang di panggil 'Tinnitus'
  • Apakah tanda-tanda yang dapat dikesan pada telinga?

Kedua-dua belah telinga mungkin kelihatan normal dan tiada apa-apa perubahan fizikal. Bahagian dalam telinga juga mungkin berkeadaan normal.

Komplikasi

Adakah hilang pendengaran akibat bunyi bising boleh sembuh?
Penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising sukar sembuh kerana berlakunya kerosakan terhadap saraf dan organ koklea. Kerosakan kepada saraf sukar untuk pulih. (Lihat diagram telinga)


Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana diagnosis hilang pendengaran akibat bunyi bising dibuat?

Anda boleh berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan telinga dan menjalani ujian audiometri.

Apakah ujian audiometri?

Ia adalah ujian khas untuk mengesahkan anda mengalami hilang pendengaran. Ujian ini dijalankan di dalam bilik khas dipanggil 'Bilik Audiometri'. Ujian ini akan dijalankan oleh doktor atau orang yang bertauliah. Sebelum menjalani ujian ini, anda mestilah tidak didedahkan kepada kebisingan selama sekurang-kurangnya 14 jam.

No comments:

Post a Comment