Gigi palsu juga dikenali sebagai dentur. Alat ini menggantikan gigi yang hilang. Kepadanan gigi palsu bergantung kepada tulang rahang dan gigi bersebelahan.
Bahan-bahan gigi palsu
Gigi palsu diperbuat dengan menggunakan bahan berikut :
|
|
Mengapa anda memerlukan gigi palsu ?
Gigi palsu mustahak untuk :
- Menambahbaik paras rupa
- Mengunyah makanan dengan baik
- Bertutur dengan jelas
- Mengurangkan sakit di sendi rahang
- Mencegah gigi bersebelah condong ke ruang kosong kerana kehilangan gigi
- Meningkatkan keyakinan diri
Pertama kali memakai gigi palsu
Memakai gigi palsu baru mungkin mengambil masa untuk penyesuaian.
Anda mungkin mengalami :
- Perubahan pertuturan
- Kesukaran mengunyah makanan
- Pengeluaran air liur yang bertambah
- Kelainan paras rupa
Petua untuk anda:
- Mulakan makan dengan makanan yang lembut
- Makanan dipotong kecil-kecil
- Baca dengan kuat untuk beberapa hari boleh membantu masalah pertuturan. Pertuturan akan bertambah baik bila lidah dan otot mulut serasi dengan gigi palsu
- Pelekat gigi palsu dapat membantu anda dalam tempoh penyesuaian gigi palsu baru.
- Jangan pakai gigi palsu buat sementara waktu jika sakit. Bawa gigi tersebut ke klinik untuk pemeriksaan.
Penjagaan gigi palsu
- Cara - cara menjaga gigi palsu
Ingatan
Gigi palsu perlu diganti atau dilapik ( relined ) apabila longgar. Memakai gigi palsu yang longgar secara berterusan boleh melukakan gusi.
Semakan akhir : 27 Mei 2008
No comments:
Post a Comment