Apakah kaitan 'drug dengan memandu kenderaan'?
- Bahaya memandu dibawah pengaruh drug adalah sama seperti memandu dibawah pengaruh alkohol.
- Drug yang kita ambil samada melalui preskripsi yang sah atau tidak akan memberi kesan kepada tubuh dalam pelbagai cara
- Drug akan mengubah fungsi otak, dimana ia mempengaruhi kawalan kedudukan tubuh dan pergerakan badan. Tahap kerosakan adalah berbeza bagi setiap individu.
- Kerosakan ini memberi kesan terhadap keupayaan anda untuk mentafsir apa yang anda lihat dan menyebabkan masa untuk bertindakbalas menjadi lambat.
Apakah jenis drug yang memberi kesan kepada pemandu kenderaan?
Drug | Rawatan | Contoh-Contoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah jenis dadah rekreasi?
Dadah Rekreasi adalah drug yang diambil secara tidak sah bagi tujuan keseronokan - pil ecstacy
Sesetengah drug di atas, untuk rawatan penyakit boleh disalahgunakan juga bagi tujuan keseronokan, dan ianya memberikan kesan kepada pemandu.
Lain-lain jenis dadah rekreasi yang kerap digunakan adalah:
Dadah-dadah | Contoh-contoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah kemungkinan kesan-kesan drug jenis ini?
|
|
Apakah sebab-sebab yang mempercepatkan kesan-kesan drug ini?
- Mengambil minuman beralkohol bersama drug
- Mengambil dua atau lebih jenis drug yang memberi kesan yang sama semasa memandu
- Mengambil drug yang diharamkan (dadah rekreasi)
- Mengambil jenis drug yang baru
- Mengambil drug berlebihan
- Mengambil makanan yang boleh mempercepatkan tindakbalas drug
- Masalah kesihatan sediada seperti epilepsi (kekejangan), tekanan darah tinggi dan kencing manis
- Kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah keluarga, kesihatan, pendapatan dan akademik
Apakah akibat mengambil drug semasa memandu?
Seseorang yang memandu dibawah pengaruh drug atau dadah rekreasi akan menghadapi risiko berikut:
- Kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan pada seseorang, hilang upaya atau kematian.
- Kerosakan hartabenda (contoh. kenderaan, infrastruktur jalan, alam semulajadi seperti pokok-pokok)
- Disabitkan sebagai pesalah jenayah yang membawa kepada denda dan hukuman penjara.
- Digantung daripada memandu, samada sementara atau kekal
- Perasaan bersalah dan trauma sepanjang hayat
- Beban kepada keluarga dan masyarakat dengan kes-kes mahkamah, rehabilitasi, hilang punca pendapatan, kesihatan dan isu sosial.
Bagaimanakah anda mengelak dari kecuaian ini?
- Jauhi drug tanpa preskripsi yang sah terutama dadah-dadah rekreasi dan yang menyalahi undang-undang.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat masalah kesihatan.
- Semak dengan Pegawai Farmasi atau Doktor anda mengenai langkah berjaga-jaga untuk ubat yang anda ambil.
- Baca label dengan teliti dan ikut arahan yang betul. Periksa amaran pada label seperti "boleh menyebabkan mengantuk" atau "elak dari memandu atau mengendalikan jentera berat".
- Awasi tanda-tanda dan gejala yang berkaitan dengan pengambilan drug yang berlebihan.
- Berbincang dengan Ahli Farmasi mengenai ubat-ubat gantian yang tidak memberi kesan terhadap pemanduan.
- Pastikan kesihatan dalam keadaan baik sebelum memandu; jangan memandu jika masih dibawah pengaruh drug.
- Berhenti memandu dan berehat seketika jika anda mengantuk.
Semakan akhir : 14 Julai 2006
No comments:
Post a Comment