Thursday 19 January 2012

Berkumur-kumur - Gigi

Berkumur-kumur - Gigi

Latar belakang

Berkumur-kumur dapat membersihkan mulut kerana cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi. Berkumur-kumur dengan bahan kumuran menambah keberkesanan memberus dan menggunakan flos. Walau bagaimanapun ia tidak menggantikan penggunaan berus gigi, flos dan dan ubat gigi.

Jenis bahan kumuran
Terdapat dua jenis bahan kumuran.

  1. Bahan kumuran yang dapat menyegarkan bau nafas.
  2. Bahan kumuran yang digunakan
    • untuk mencegah jangkitan (preventif)
    • mengubati penyakit (terapeutik).

Peringatan

w Bahan kumuran boleh menyebabkan:

  • perubahan warna tampalan sewarna seperti tampalan komposit
  • rasa membakar dalam mulut
  • gangguan deria rasa
  • mulut kering

e Bahan kumuran dapat menghindarkan atau menghilangkan nafas berbau tetapi ia tidak menghilangkan punca masalah tersebut

Bagaimana cara mengguna bahan kumuran?
Gunakan bahan kumuran seperti yang disyorkan oleh pengeluar. Baca label tertera.

No comments:

Post a Comment