Thursday 19 January 2012

bantu anak membina perasaan harga diri yang tinggi

Harga Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?

Kanak-kanak ini :

  • Mudah berkawan
  • Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
  • Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan
  • Boleh mengawal perlakuan
  • Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
  • Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
  • Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?
Mereka :

  • Tidak ceria
  • Kurang keyakinan diri
  • Perasaan tidak berguna
  • Sentiasa berasa letih dan penat
  • Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
  • Rasa rendah diri
  • Sering gagal di sekolah

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :

  • Kasih sayang
  • Keselamatan
  • Panduan
  • Penghargaan
  • Galakan

Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?
Anda harus :

  • Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil
  • Berikan kasih sayang yang ikhlas
  • Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda
  • Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
  • Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan
  • Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan
  • Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik
  • Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpama-nya ‘ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangi mu’

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak

  • Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak
  • Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain
  • Memanggil anak-anak dengan perkataan lembab, bodoh, malas dan sebagainya
  • Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak

No comments:

Post a Comment