Thursday 19 January 2012

Apakah punca perubahan warna gigi?

Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bertukar warna ?
Gigi dikatakan mengalami perubahan warna jika warnanya tidak kelihatan seperti normal. Perubahan warna ini disebabkan oleh dua faktor:

  • Masalah semasa pembentukan gigi yang mana boleh menyebabkan warna gigi itu berubah. Ia dikenali sebagai perubahan warna intrinsik.
  • Benda asing yang melekat pada permukaan luar gigi selepas gigi tumbuh. Ia juga disebutkan sebagai perubahan warna extrinsik.

Apakah punca perubahan warna gigi?
Perubahan warna intrinsik boleh berlaku disebabkan oleh :

  • Kerosakan gigi (karies)
  • Pengambilan ubat tetracycline atau fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Kecederaan gigi
  • Masalah kesihatan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Masalah kongenital saluran hempedu

Perubahan warna extrinsik pula berlaku mungkin disebabkan oleh:

  • Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti zat besi
  • Bakteria dalam mulut.

Peringatan apabila mengambil antibiotik
Ubat tetracycline yang dimakan oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan warna gigi susu anak menjadi tidak normal.

Bagaimanakah perubahan warna gigi berlaku?
Warna gigi boleh bertukar menjadi:

  • coklat
  • hitam
  • hijau
  • kelabu kebiruan.
  • putih berkapur

Antara contoh gigi yang bertukar warna:

Gigi Bertukar Warna Gigi Bertukar Warna Gigi Bertukar Warna

Implikasi perubahan warna gigi
Kanak-kanak yang mempunyai gigi yang mengalami perubahan warna :

  • akan membesar dengan paras rupa yang kurang menarik
  • mempunyai kurang keyakinan diri

Bolehkah warna ini dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik mudah dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing) manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah gigi bertukar warna?
Untuk mengelak penstainan intrinsik:

  • Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
  • Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
  • Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
  • Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi.

Untuk mengelak penstainan ekstrinsik:

  • Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

No comments:

Post a Comment